Terendah Dalam Sejarah, Harga Minyak AS 'Terjun Bebas' Di Bawah AS$0 | Malaysia News
February 23, 2024

Terendah dalam Sejarah, Harga Minyak AS ‘Terjun Bebas’ di Bawah AS$0

Terendah dalam Sejarah, Harga Minyak AS ‘Terjun Bebas’ di Bawah AS$0

New York, MTN – Kejatuhan harga minyak semakin parah apabila harga minyak Amerika Syarikat jatuh di bawah paras AS$0 kepada AS$-37.63 setong.

Paras harga yang direkodkan itu adalah terendah sejak NYMEX membuka dagangan niaga hadapan pada tahun 1983 – merekodkan penanda aras baru dalam sejarah pasaran minyak.

Situasi yang tidak terduga ini berlaku ketika permintaan ke atas minyak terus menjunam ekoran krisis koronavirus.

Dengan kejatuhan itu bermakna pelabur perlu membayar pembeli untuk mengambil penghantaran minyak mentah, sekali gus mencerminkan lebihan minyak mentah yang semakin meningkat serta kekurangan simpanan ruang.

Minyak mentah West Texas Intermediate untuk penghantaran Mei CLK20 merosot -92.96%, penurunan 92.96% untuk didagangkan pada sesi akhir selepas menjunam AS$ 55.90, atau 306%, kepada -AS$ 37.63 setong.

Kontrak dagangan pada Mei berakhir pada hari Selasa.

”Kejatuhan sehari ini adalah yang terbesar dalam rekod sejak tahun 1983, dan juga tahap terendah untuk kontrak yang direkodkan, menurut Data Dow Jones Market.

Penurunan kontrak yang belum pernah terjadi berikutan jual beli ini, sebahagiannya disebabkan oleh kekuatan permintaan dan penawaran yang menentukan harga dan kuantiti barang serta perkhidmatan yang ditawarkan untuk dijual di pasaran.

Kejatuhan ini berlaku semasa kontrak niaga hadapan Mei untuk West Texas Intermediate, penanda aras Amerika Syarikat akan berakhir.

Sebilangan besar pelabur sudah mula fokus pada kontrak bulan Jun, mengurangkan jumlah dagangan dan menyumbang kepada turun naik harga, kata penganalisis UBS, Giovanni Staunovo.

Kontrak Jun untuk WTI diperdagangkan sekitar AS$ 22 setong, tetapi ia masih jauh lebih rendah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras global juga turun 8% pada hari Isnin kepada AS$ 25.81 setong.

Tekanan yang melampau pada kontrak WTI untuk bulan Mei menyoroti keprihatinan berterusan mengenai dinamik penawaran dan permintaan yang melanda pasaran minyak.

“Tiada orang di Amerika yang mahu minyak dalam jangka pendek,” kata Jeffrey Halley dari Oanda.[MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply