Harga Minyak Global Kembali 'Terjun Bebas' | Malaysia News
February 23, 2024

Harga Minyak Global Kembali ‘Terjun Bebas’

Harga Minyak Global Kembali ‘Terjun Bebas’

Melbourne– Harga minyak susut dalam dagangan hari ini selepas merekodkan keuntungan besar sehari pada sesi terdahulu selepas Donald Trump memaklumkan beliau sudah menjadi orang tengah dalam rundingan pengurangan bekalan minyak antara Arab Saudi dan Rusia.

Presiden Amerika Syarikat itu bagaimanapun tidak membuat sebarang tawaran untuk mengurangkan minyaknya. Niaga hadapan Brent susut 3% kepada AS$29.05 pada 0127 GMT selepas naik 21% semalam. Manakala West Texas Intermediate pula susut 5.2% kepada AS$23.98 setong selepas meningkat 24.7% semalam.

Penurunan harga pada hari Jumaat mencerminkan keraguan pasaran mengenai sama ada kesepakatan untuk menangguhkan perang harga Arab Saudi-Rusia akan diteruskan jika tidak ada kerjasama dari pengeluar lain termasuk Amerika Syarikat.

Trump memberitahu pemberita di White House lewat Khamis, beliau tidak membuat sebarang tawaran untuk mengurangkan bekalan minyak negara itu.

“Kedua-dua, Riyadh dan Moscow juga mahu penyertaan dari Amerika Syarikat dan ini mungkin membuktikan Amerika Syarikat sekarang menjadi halangan terbesar bagi kesepakatan tersebut,” kata penganalisis Royal Bank of Canada dalam nota penyelidikannya.

Trump memaklumkan beliau telah bercakap dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Presiden Russia Vladimir Putin pada hari Khamis dan membayangkan kedua-dua negara itu akan menamatkan perang harga dan akan mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 10 juta hingga 15 juta tong sehari. [mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply