Harga Petrol Turun Lima Sen | Malaysia News

Harga Petrol Turun Lima Sen

Harga Petrol Turun Lima Sen

Kuala Lumpur, MTN – Harga runcit RON97 dan RON95 turun lima sen kepada masing-masing RM1.93 dan RM1.63 sen seliter, seperti diumumkan Kementerian Kewangan hari ini.

Harga diesel turun 4 sen kepada RM1.79 seliter. Harga baharu ini berkuat kuasa bermula tengah malam 14 Ogos ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, penurunan harga adalah disebabkan perubahan harga produk petroleum, selari dengan harga minyak mentah semasa.[mg]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply