Tengku Zafrul: Hutang Negara Disahkan RM1.2 trilion

Tengku Zafrul: Hutang Negara Disahkan RM1.2 trilion
Kuala Lumpur, MTN – Kementerian Kewangan mengesahkan hutang negara adalah sebanyak RM1.2 trilion seperti yang pernah diumumkan ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagaimanapun mememberitahu, ia tidak bermakna negara akan bankrap kerana ia termasuk hutang luar perbelanjaan yang wujud sebelum PH mengambil alih kerajaan.
Tengku Zafrul turut menjelaskan, ia berbeza dengan hutang langsung kerajaan yang berjumlah RM854 bilion.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab pertanya Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua (PH) yang bertanya mengenai jumlah liabiliti kerajaan termasuk hutang kerajaan persekutuan, jaminan kerajaan, dan pembayaran sewa untuk projek perkongsian awam-swasta (PPP) yang dilaksanakan di bawah Barisan Nasional.
Selesai penggulungan yang dibuat oleh Tengku Zafrul, Speaker Dewan Rakyat kemudiannya menangguhkan mesyuarat yang akan bersambung pada Isnin pukul 10 pagi. [mg]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri



