Hari Tentera Darat ke-89 disambut di Port Dickson pada 1 Mac ini
Hari Tentera Darat ke-89 disambut di Port Dickson pada 1 Mac ini
Sambutan Hari Tentera Darat ke-89 dengan tema ‘Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin’ tahun ini akan berlangsung secara fizikal dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat di Kem Segenting di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1 Mac ini.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata tema itu dipilih berdasarkan komitmen berterusan tentera darat dalam memenuhi keperluan kebajikan serta meningkatkan kesejahteraan warga tentera darat.
Beliau berkata kesejahteraan yang dimiliki oleh seluruh warga tentera darat adalah penting bagi meningkatkan moral serta semangat dalam melaksanakan tugas menjaga kedaulatan dan kepentingan negara serta tugas-tugas membantu kerajaan apabila diperlukan.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pra Pelancaran Sambutan Hari Tentera Darat ke 89 di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.
Zamrose berkata enam fokus ditetapkan untuk dilaksanakan oleh Tentera Darat tahun ini merangkumi kebajikan dan kesejahteraan warga, meningkatkan kesiagaan dan keupayaan, penstrukturan dan penyusunan organisasi, pemerkasaan tadbir urus dan perbelanjaan berhemah, meningkatkan diplomasi pertahanan tentera darat, serta membantu kerajaan dalam operasi ketenteraan selain perang.
Author Profile
Latest entries
- TokohJanuary 12, 2025‘Giliran mencuri’ – Anak Pak Lah nafi tuduhan Dr M
- TokohJanuary 11, 2025Mahathir – Anak Pak Lah beritahu anak saya, kini giliran kami mencuri
- InternationalJanuary 10, 2025Kebakaran Los Angeles, Jumlah korban meningkat kepada 10
- InternationalJanuary 10, 2025Trump umum atur pertemuan bersama Putin