Jepun Tawar Ubat Antivirus Percuma Kepada 20 Negara

Jepun Tawar Ubat Antivirus Percuma Kepada 20 Negara
MTN – Jepun menawarkan ubat ‘anti-flu’ percuma kepada negara termasuk Turki bagi merawat pesakit koronavirus (Covid-19), kata Menteri Luar, Toshimitsu Motegi, lapor agensi berita Anadolu.
Memetik agensi berita Kyodo, Motegi berkata, 20 negara termasuk Turki, Bulgaria, Republik Czech, Indonesia, Myanmar dan Arab Saudi boleh mendapat ubat Avigan yang ketika ini sedang menjalani ujian klinikal.
Sebanyak 30 lagi negara menunjukkan minat terhadap ubat ini, kata Motegi.
“Kami bekerja sama dengan negara yang berminat bagi memperluaskan ujian klinikal ubat Avigan di peringkat antarabangsa,” katanya.
Avigan atau turut dikenali Favipiravir adalah ubat antivirus yang dibangunkan Toyama Chemical of Japan bagi merawat influenza, tetapi penyelidik China mendapati ia turut berkesan merawat Covid-19, lapor agensi itu.
Jepun merekodkan 4,250 kes positif Covid-19 dengan 93 kematian.
Semalam, Perdana Menteri, Shinzo Abe mengisytiharkan darurat selama sebulan di sekurang-kurangnya tujuh daripada 47 wilayah negara itu termasuk Tokyo.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



