Pandemik Virus, WHO Seru Dunia Bersatu Perangi Covid-19 | Malaysia News

Pandemik Virus, WHO Seru Dunia Bersatu Perangi Covid-19

Pandemik Virus, WHO Seru Dunia Bersatu Perangi Covid-19

Pandemik Virus, WHO Seru Dunia Bersatu Perangi Covid-19

Kuala Lumpur, MTN – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu menyeru semua pihak bersatu memerangi koronavirus, selepas serangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung cara ia menangani pandemik itu.

Ketika WHO bersiap menghadiri hari ke-100 sejak kali pertama mengumumkan mengenai wabak di China, ketua pengarahnya Tedros Adhanom Ghebreyesus membalas tuduhan ia terlalu rapat dengan Beijing.

Badan kesihatan PBB itu dikritik kerana berlebihan dan bertindak terlalu perlahan dalam memerangi wabak.

Pada Selasa, Trump menuduh WHO salah dalam mengambil salah dan terlalu lambat, selain menerima dana daripada AS tetapi berat sebelah kepada China.

“WHO buat kesilapan besar. Atas sebab tertentu, sebahagian besar dananya dibiayai oleh AS tetapi ia sangat berpusatkan China. Kami akan meneliti perkara itu,” katanya melalui Twitter.

Koronavirus baru, yang pertama kali muncul di China pada Disember membunuh lebih 80,000 orang, manakala lebih 1.4 juta orang diuji positif.

Tedros mendesak AS bergabung dengan China dalam memerangi penyakit tersebut dan bukannya terus bertindak saling menyalahkan, ketika beliau mengeluarkan penafian keras mengenai cara WHO menguruskan pandemik.

“AS dan China sepatutnya bersatu dan melawan musuh yang berbahaya ini,” kata Tedros dalam taklimat media secara maya di Geneva.

“Tumpuan semua pihak haruslah menyelamatkan rakyatnya. Harap jangan mempolitikkan virus ini.

“Sekiranya anda tidak mahu lebih banyak beg mayat, maka anda jangan mempolitikkannya,” kata ketua WHO, sebelum menambah: “Ia seperti bermain dengan api.”

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dilihat terlalu cemas ketika berdepan epidemik H1N1 pada 2009 tetapi lima tahun kemudian, ia didakwa lembap bertindak dalam menangani wabak Ebola di Afrika Barat yang meragut lebih 11,000 nyawa.

WHO dianggap terlalu cemas ketika berdepan wabak H1N1 pada 2009 tetapi lima tahun kemudian ia didakwa lembap dalam mengumumkan kecemasan berhubung wabak Ebola di Afrika barat, yang meragut lebih 11,000 nyawa.

Kini agensi itu dituduh melengahkan amaran mengenai Covid-19 kerana takut menyinggung Beijing, kerana menunggu terlalu lama mengisytiharkan wabak sebagai pandemik global dan gagal menyelaraskan tindak balas antarabangsa yang bersepadu.

Tedros berkata keadaan akan menjadi lebih buruk akibat Covid-19 jika dunia tidak bersatu mengekang penyebarannya.

“Mari kita berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan dan mengawal virus ini,” katanya.

“Jika tidak, dengan cara yang kita buat sekarang, saya fikir kita akan menyesalinya.”[tmi]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply