Jumlah Mangsa Banjir Terus Menurun Di Seluruh Negara | Malaysia News

Jumlah mangsa banjir terus menurun di seluruh negara

Bantuan Mangsa Banjir - Badan bukan kerajaan (NGO)

Jumlah mangsa banjir terus menurun di seluruh negara

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara menurun kepada 21,135 orang setakat jam 6 pagi Ahad berbanding 24,414 orang pada pada hari sebelumnya.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Johor menjadi kawasan terbaharu yang pulih sepenuhnya banjir apabila semua PPS di negeri itu kini ditutup.

Data itu juga menunjukkan jumlah PPS aktif melibatkan 18 daerah di lima buah negeri yang terjejas banjir juga menurun kepada 99.

Ketika ini, Kelantan merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 12,746 mangsa melibatkan 4,393 keluarga daripada dua daerah yang masih terkesan dengan bencana tersebut.

Di Terengganu pula, jumlah mangsa terus merekodkan penurnan dengan 5,812 mangsa daripada 16,52 keluarga masih ditempatkan di PPS.

Seterusnya di Sawarak, seramai 1,481 mangsa masih ditempatkan di PPS membabitkan 388 keluarga, manakala 987 mangsa di Sabah.

Sementara itu, di Perak, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS ketika ini adalah seramai 69 orang membabitkan 18 keluarga. [SH]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply