Kali Pertama Anwar Jumpa Muhyiddin selepas kerajaan PN dibentuk

Kali Pertama Anwar Jumpa Muhyiddin selepas kerajaan PN dibentuk
Petaling Jaya, MTN – Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini bertemu buat kali pertama selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional pada Mac lepas.
Pertemuan selama 45 minit antara calon perdana menteri Pakatan Harapan dan bekas pemimpin kanan gabungan itu membincangkan mengenai langkah menangani wabak Covid-19.
Dalam pertemuan di pejabat perdana menteri itu, Muhyiddin menjelaskan langkah-langkah yang diambil pentadbirannya, dan Anwar membangkitkan soal penyampaian maklumat “yang mesti telus” dan meningkatkan keupayaan ujian penyakit.
“Pakej rangsangan yang diumumkan turut disambut baik, namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi,” kata presiden PKR itu di Facebook.
Katanya lagi, Muhyiddin juga menyentuh cadangan sidang Parlimen pada 18 Mei ini dan masalah berkait Covid-19.
“Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam PH serta pembangkang, dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau,” katanya.
Dalam pertemuan selama 45 minit itu, beliau jelaskan berkenaan langkah menangani Covid-19 dan saya menyatakan penghargaan atas khidmat jentera kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanApril 24, 2025Treler filem Keluang Man, tambah keterujaan peminat
InternationalApril 22, 2025PM Thailand gesa kerjasama pelbagai hala tangani cabaran rentas sempadan
IT & Social MediaApril 21, 2025Semua video YouTube akan dialih bahasa secara automatik
NationalApril 16, 2025Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan Indonesia