Kemelut Siapa Jadi PM dan Apa Nasib PM?


Kemelut Siapa Jadi PM dan Apa Nasib PM?
Kuala Lumpur, MTN – Apa akan jadi pada Mahathir dan Anwar. Bersatu berkubur PH Pembangkang. Di kala semua penyokong dlm keadaan ghairah ‘beres boh’ tapi sayangnya di peringkat akhir seolah gerakan itu tersekat. Khabarnya masih tiada keputusan kerana dua pemain politik ulung negara gagal mencapai kata sepakat siapakah yg akn menjadi PM.
Tun kata dia tiada masalah dgn Anwar. Penyokong Anwar bertanya jika tiada masalah mengapa berat sgt Tun tidak mahu mengajak Syafie Apdal menyokong Anwar menjadi PM. Maksudnya Tun memang bermasalah sebenarnya dgn Anwar dan bukan Anwar bermasalah dgn Tun.
Anwar hulurkan perdamaian. Anwar berikan kepercayaan. Anwar berikan peluang. Anwar izinkan Tun mahukan selepas Apec berundur dan paling kesabaran tertinggi Anwar apabila membiarkan Tun menetapkan tarikhnya sendiri utk serahkan jawatan sebagai PM.
Baiklah apa akn jadi jika polemik ini tiada kesudahannya? Perlu diingat ketika ini kerajaan PN sdg bekerja keras berdagang dgn MP utk bersama mereka.
Setiap jam atau hari berubah rubah hingga semalam seorang keluar parti PKR. Seorang lagi tak jadi menyeberang bila melihat PH masih gagal mencari kata sepakat.
Anwar dilihat kekal tenang. Beliau dikatakan tidak tergesa gesa sehingga berjaya cukup mencapai angka menima 120. Tun pula seperti kita tahu beliau kini dlm keadaan yg sgt berang dgn sikap Muhyiddin memalukan dirinya dan Mukhriz.
Tapi dlm masa sama tidak mahu menyerahkan kerusi PM kpd Anwar. Apa akan jadi pada episod seterusnya?
Rata2 penyokong Anwar mahu beliau kekal berprinsip iaitu biar jadi pembangkang asal bukan Tun menjadi PM buat kali ketiga kerana berpendapat Tun individu yg tidak boleh dipercayai. Sebaliknya ada yg meminta Anwar beralah asalkan PN dpt dirobohkan.
Penyokong Anwar sudah serik dgn sikap Tun yg dilihat tidak jujur dan ego. Sikap Tun juga telah menggagalkan hasrat majoriti rakyat Malaysia yg mahukan perubahan.
Jika tiada kata putus dan Anwar serta penyokong memilih utk tegas dgn prinsip… pendapat saya PH akan kekal sebagai pembangkang sehingga PRU 15. Bukan itu saja, PH juga akan terus kekal menjadi pembangkang selepas PRU 15 dgn menguasai tidak kurang hanya 80 kerusi Parlimen jika Muafakat Nasional boleh kekal bersatu.
Muafakat Nasional dgn kerjasama GPS dijangka mereka mampu memenangi PRU 15. Namun saya yakin akan berlaku pertandingan 3 penjuru di mana Bersatu akan bertanding secara sendirian.
Ini kerana jika Tun memilih utk menolak Anwar menjadi PM bermakna PH akan kekal dgn 3 buah parti iaitu PKR, Amanah dan DAP. Bersatu akan terpinggir samada bersama PH dan MN + BN.
Persoalannya adakah mampu Bersatu memenangi mana2 kerusi pada PRU 15 nanti tanpa PH? Pandangan saya Bersatu hanya tinggal 1 kerusi Parlimen di Langkawi. Saya pasti kerusi Bersatu di Johor terutamanya akn diserahkan kpd PKR dan Amanah.
Di kawasan MP Bersatu pasti akn berlaku pertandingan 3 penjuru iaitu antara PH, BN dan Bersatu. Tentunya Bersatu akn terpinggir apatah lagi di kawasan tersebut majoriti Melayu.
Kebanyakkan kerusi Bersatu bergantung kpd pengundi Cina di Johor. Silap2 kerusi TS Muhyiddin Yassin juga di Pagoh akn kembali kpd BN jika TS Muhyiddin tidak menyertai UMNO kembali.
Persoalannya adakah TS Muhyiddin akn menjadi Presiden, Timbalan Presiden atau sekadar Naib Presiden. Kemudian adakah TS Muhyiddin boleh percaya beliau akn terus dijanjikan di kerusi empuk no 1 negara? Kalau TS Muhyiddin percaya pastinya beliau bukan ahli politik kerana janji org politik adalah janji yg wajib tidak dipercayai.
Itu nasib Muhyiddin yg dijangka hanya akn menduduki kerusi PM utk tempoh 3 tahun paling lama. Mahu tidak mahu Muhyiddin kena akui karier politiknya akn berakhir menjelang PRU 15.
Berbalik kpd Parti Bersatu andaikata mereka hanya mampu memenangi 1 kerusi Parlimen… parti itu pasti akn berkubur. Tiada jawatan dan kuasa saya merasakan ahli2nya akn berselerak kembali kpd UMNO.
Tanya saya jika Tun kekal menolak Anwar sebagai PM dan Anwar pula kekal menolak Tun sebagai PM… Parti Bersatu akn berkubur dgn sendirinya dan bagaimana nasib PH?
PH dilihat akan kekal sebagai pembangkang yg kuat. Saya jangkakan PH mampu menguasai 3 negeri iaitu Selangor, PP dan Melaka sahaja. NS 50-50 tgk isu 3 tahun lagi. Dlm PH dijangka kerusi Amanah akan susut 80% dan kerusi PKR akn susut 30%.
Perlu ingat penglibatan Bersatu dlm PH hanya berjaya menarik 20% pengundi UMNO mengundi PH. Peranan Bersatu di Johor kuat berbanding negeri2 lain. Namun Bersatu dilihat sebagai parti Melayu.
Kekuatan Bersatu adalah sama nasib dgn Amanah. Bersatu masih gagal ganti UMNO dan Amanah masih gagal mengatasi PAS dari faktor populariti di mata umat Melayu.
Cuma saya hairan mengenai sikap Syafie Apdal. Perlu beliau tahu andaikata beliau menolak Anwar menjadi PM… PH pula ambil keputusan mahu jadi pembangkang sehingga PRU 15, anytime kedudukan Syafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah akan berakhir.
Jadi buat Tun dan Anwar fikir2 kan lah. Tun terutamanya adakah dia mahu meninggalkan dunia politik tanahair sebagai politkus usang atau sebagai wira.
Author Profile
Latest entries
National2021.08.25Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
National2021.08.25Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
National2021.08.25Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
Politik2021.08.25Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri