Kes Najib Ubah Laporan Audit 1MDB

Kes Najib Ubah Laporan Audit 1MDB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membenarkan permohonan pendakwaan bagi meminda tuduhan berkaitan tuduhan ke atas Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang didakwa mengganggu laporan audit firma berkenaan.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan pindaan kepada tuduhan berkenaan yang dibuat oleh ketua pendakwaaan, Gopal Sri Ram tidak menyebabkan prejudis kepada tertuduh.
Hakim mengambil maklum bahawa pindaan itu dikemukakan hanya pada hari kelapan selepas perbicaraan dimulakan pada peringkat pendakwaaan.
Katanya, hanya tujuh saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan dan mereka belum diperiksa bals sepenuhnya oleh pasukan peguam pembelaan Najib.
“Saya yakin pihak pembelaan mempunyai waktu dan peluang mencukupi untuk menyiapkan kes mereka berdasarkan pindaan terhadap tuduhan.
“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikannya,” katanya.
Jurubahasa mahkamah kemudian membacakan tuduhan yang dipinda itu kepada Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya dan Arul Kanda yang didakwa bersubahat melakukan kesalahan berkenaan.
Kedua-dua mereka mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan itu. [MK]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



