Khalid: PH Plus Jangan Kerap Bercanggah Pendapat | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652

Khalid: PH Plus Jangan Kerap Bercanggah Pendapat

Kuala Lumpur, MTN – Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menasihati gabungan partinya – Pakatan Harapan (PH) Plus – untuk tidak kerap bercanggah pendapat.

Jelasnya, hal ini kerana ia bakal menimbulkan persepsi tidak baik dalam gabungan parti dan persoalan dalam kalangan ahli parti dan masyarakat.

“Dia pendapat ini memang akan berbeza, kalau tiada perbezaan pendapat tidak akan wujud parti-parti yang lain.

“ […] Tetapi kalau kita (PH Plus) sentiasa menonjolkan perbezaan pandangan, ia akan menimbulkan persoalan di kalangan ahli bawahan (parti) dan masyarakat umum,” katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Meskipun kerap berbeza pendapat, Khalid menyifatkan gabungan parti itu masih bersatu padu demi satu matlamat untuk mengalahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Khalid berkata demikian bagi menjawab persoalan hubungan gabungan PH Plus yang dilihat bermasalah ekoran bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dilihat kerap bercanggah keputusan.

Selain itu, Khalid juga berkata Amanah dan DAP sentiasa menjadi penghubung damai di antara PKR dan Bersatu-blok bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Anwar dan Dr Mahathir kerap dilihat berbeza pendapat termasuk dalam isu calon perdana menteri mewakili gabungan itu.

Ditanya berkenaan sasaran kerusi Amanah sekiranya berlaku pilihan raya umum dalam masa terdekat, Khalid menjelaskan bahawa perkara itu akan bergantung kepada perbincangan antara gabungan parti.

“Itu semua akan bergantung kepada perbincangan dan perundingan dalam gabungan kami.

“Kami nak tentukan yang terbaik supaya gabungan kami mencapai kejayaan dan kemenangan,” kata bekas menteri wilayah persekutuan itu.[mk]

Facebook Comments