Khalid Samad tidak sabar seret Muhyiddin ke Mahkamah

Khalid Samad tidak sabar seret Muhyiddin ke Mahkamah
KUALA LUMPUR, 2 Jun — Pakatan Harapan (PH) bertekad mendakwa semua salah laku Perikatan Nasional (PN), kata Khalid Samad.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, sehingga PH kembali berkuasa, semua pihak dipohon bertindak profesional sebelum tiba detik itu.
“Sila ingat semua, apa jua salah guna kuasa akan dibongkar termasuk Muhyiddin sekali pun dan didakwa oleh PH bila kembali berkuasa.
“Nasihat saya, walaupun PN cenderung pada kejahatan dan rasuah, semua pihak dipohon bertindak secara profesional dan beretika,” katanya di Twitter.
PN di hujung tanduk?
Kesannya, sila ingat semua, apa jua salah guna kuasa akan dibongkar dan didakwa oleh PH bila kembali berkuasa.
Nasihat saya, walaupun PN cenderung pada kejahatan dan rasuah, semua pihak dipohon bertindak secara profesional dan beretika.
Kekal bersih.. pic.twitter.com/KoF5wh9Kw3
— Khalid Samad (@KhalidSamad) June 1, 2020
PH berhasrat merampas kembali Putrajaya selepas mendakwa memiliki majoriti ahli parlimen.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Salahuddin Ayub berkata, PH mungkin dapat kembali ke Putrajaya sebelum sidang parlimen pada Julai.
Salahuddin berkata, hasrat itu dapat direalisasikan jika berpeluang menghadap Yang di-Pertuan Agong.
[MP]
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



