Tajuddin: Anak Najib Layak Bertanding Di Chini | Malaysia News

Tajuddin: Anak Najib Layak Bertanding di Chini

Tajuddin: Anak Najib Layak Bertanding di Chini

Kuala Lumpur, MTN – Anak kepada bekas perdana menteri Najib Razak layak untuk bertanding sekiranya dia dicalonkan oleh BN bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata selaku ketua Pemuda Umno Pekan, Mohd Nizar Najib mempunyai kelayakan untuk bertanding dalam PRK itu.

Bagaimanapun kata Tajuddin, perkara itu belum diputuskan pucuk pimpinan BN dan menyifatkan Mohd Nizar akan menjadi pertaruhan hanya bersifat spekulasi.

“Ada dengar ura-ura kemungkinan (jadi calon). Dia ada tempat dalam parti, dia ketua Pemuda Umno bahagian dan layak jadi calon.

“Dia pun ada kelulusan, hubungan dengan rakyat bagus, rakyat suka dia sebab tak sombong,” katanya ketika ditemui selepas melawat depoh Transit Aliran Massa (MRT) di Sungai Buloh, petang tadi.

Kerusi DUN Chini kosong susulan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, pada 7 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tarikh penamaan calon pada 20 Jun ini. Jika ada pertandingan, PRK itu akan diadakan pada 4 Julai manakala untuk pengundian ialah pada 30 Jun.

Pengerusi BN pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, mengesahkan bahawa Umno akan meletakkan calon pada PRK berkenaan.

Antara nama yang disebut akan dipertaruhkan BN ialah Mohd Nizar. Malah nama anak Najib itu sudah dicadangkan oleh Pemuda Umno Pahang yang berpendapat ahli politik berusia awal 40-an terbabit memiliki ketokohan yang sesuai sebagbai pemimpin.

Pada PRU ke-14, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim, yang memperoleh 5,405 undi dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.

Abu Bakar memperoleh 10,027 undi.

Ditanya sama ada beliau menyokong Mohd Nizar dicalonkan, Tajuddin berkata, sesiapa saja yang menjadi pilihan – asalkan diterima rakyat – wajar dimenangkan di Chini.

“Saya sokong siapa juga yang diterima oleh rakyat, kalau dia diterima oleh rakyat saya sokong,” katanya.[mk]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply