Lucut Hak Wang 1MDB Terhadap Jakel Trading

Lucut Hak Wang 1MDB Terhadap Jakel Trading
Permohonan Lucut Hak Wang 1MDB Terhadap Jakel Trading pada 28 April
Kuala Lumpur, MTN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 28 April ini untuk membuat keputusan terhadap permohonan kerajaan untuk melucut hak wang berjumlah RM628,314, yang didakwa berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Jakel Trading.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh sepatutnya membuat keputusan itu hari ini, namun dijadualkan semula pada 28 April berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Perkara itu dimaklumkan peguam Jakel Trading, Thevini Nayagam ketika dihubungi Bernama hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jun tahun lalu telah memfailkan saman perlucutan hak terhadap 41 entiti yang terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB.
SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan secara tidak sah daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Author Profile

Latest entries
NationalNovember 21, 2025UPSI lancar lima inisiatif integriti perkukuh tadbir urus universiti
NationalNovember 21, 2025Kewartawanan penyiasatan kekal berdaya tahan
NationalNovember 14, 2025UPSI rai pengorbanan ibu dalam kejayaan anak di Istiadat Konvokesyen
EkonomiNovember 13, 2025MOF – RM17.5 Bilion demi Kesejahteraan Rakyat Sabah



