Mahathir: ‘Penafian Muyiddin dalam Kes Riza Sama Macam Nafi Nak Jadi PM’
Mahathir: ‘Penafian Muyiddin dalam Kes Riza Sama Macam Nafi Nak Jadi PM’
Kuala Lumpur, MTN – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyuarakan rasa hairan terhadap kenyataan media perdana menteri Muhyiddin Yassin yang menafikan penglibatannya dalam keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) penerbit filem Hollywood Riza Aziz.
Kata Mahathir, tiada siapa yang menuduh penglibatan Muhyiddin dalam pelepasan anak tiri kepada bekas perdana menteri Najib Razak itu.
“Saya hairan dengan kenyataan media Pejabat Perdana Menteri yang menjelaskan YAB perdana menteri tidak terlibat dengan melepas Riza Aziz.
“Setakat yang saya tahu tiada sesiapa pun yang menuduh perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Mahathir, kenyataan itu boleh disamakan dengan penafian berkali-kali Muhyiddin bahawa beliau tidak mahu menjadi perdana menteri, sedangkan tiada siapa yang mencadangkan namanya sebagai calon perdana menteri.
“Ini sama dengan dakwaan berkali-kali bahawa ia Tan Sri Muhyiddin tidak hendak jadi perdana menteri. Tidak perlu protes kerana tidak ada siapa yang mencadang Tan Sri Muhyiddin menjadi perdana menteri.
“Tetapi akhirnya biar rosak parti asal dapat jadi perdana menteri,” katanya lagi.
Mahathir merujuk kenyataan daripada pejabat perdana menteri kelmarin yang menafikan penglibatan Muhyiddin dalam persetujuan DNAA Riza Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB.
Kata kenyataan itu, persetujuan itu dicapai oleh pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi yang dikemukakan kepada pejabat peguam negara.
“YAB Perdana Menteri mengulangi pendiriannya untuk tidak mencampuri urusan pejabat peguam negara dan badan kehakiman dalam membuat apa-apa keputusan berkaitan kes jenayah di negara ini termasuk kew-kes berprofil tinggi,” kata kenyataan itu lagi.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengaitkan bekas peguam negara Tommy Thomas bersetuju untuk melepas tanpa membebaskan Riza Aziz, namun, hal itu dinafikan oleh Thomas dengan menyifatkannya sebagai “pembohongan”.
Kata Thomas, peranannya dalam kes itu hanyalah melantik bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa raya dan berkata representasi bertulis itu ada dihantar bagi memohon semakan semula pendakwaan jenayah terhadap Riza.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri