Mahkamah Benarkan Permohonan Muhyiddin Batalkan Saman Dr M
Mahkamah Benarkan Permohonan Muhyiddin Batalkan Saman Dr M
Kuala Lumpur, MTN – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan tiga pihak lagi untuk membatalkan saman oleh Dr Mahathir Mohamad dan empat yang lain.
Ia berkaitan saman yang difailkan Mahathir dan empat plaintif atas tuduhan pemecatan mereka yang salah.
Empat plaintif tersebut ialah Mukhriz Mahathir, Marzuki Yahya, Dr Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah.
Hakim Rohani Ismail hari ini berkata, plaintif tiada locus standi untuk memfailkan saman itu atas dasar penyingkiran mereka daripada parti telah disahkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 4 Jun.
Dia juga berkata Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menyatakan sebarang keputusan parti tidak boleh dicabar di mahkamah.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri