Salahuddin

Makan Masa Teliti Profil Punca Banyak Lantik Politik Dalam Nafas

Salahuddin

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menafikan bahawa lantikan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang baharu adalah berunsurkan politik.

Malah katanya, faktor kesuntukan masa turut mempengaruhi faktor pelantikan kesemua jawatan berkenaan.

“Kalau kita nak ambil orang luar, kita tiada ada (masa), ia akan mengambil masa untuk kita scan, ambil masa untuk kita baca rekod pencapaian yang lain.

“Oleh itu kita pilih kepakaran-kepakaran yang ada pada kita sebagai pemberat kepada lantikan ini,” katanya kepada wartawan dalam sidang media sempena pengumuman pelantikan kepimpinan utama Nafas yang baharu hari ini.

Nafas hari ini mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah yang baharu.

Pelantikan itu berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan pengerusi terdahulu, Datuk Seri Saipolbahri Suib.

Phahrolrazi kini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah.

Sementara Ketua Cabang PKR Shah Alam, yang juga seorang Senator, Dr Yaakob Sapari dilantik sebagai Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Nafas.

Tiga lagi AJP adalah dari Amanah iaitu, Ketua Amanah Simpang Renggam, Muhamad Said Jonit; Wan Kharizal Wan Khazim (Pengerusi Amanah Perlis) dan ADUN Apam Putra, Mohd Hisyamuddin Ghazali.

Manakala lima lagi AJP Nafas ialah Pemangku Ketua UMNO Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid; Bekas Ketua UMNO Selayang, Datuk Ahmad Bhari Abd. Rahman; Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar; Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib.

Dalam pada itu Salahuddin berkata, semua pelantikan baharu ini adalah berkelayakan dan difikirkan mampu untuk menggalas tugas yang dipertanggungjawabkan.

“Saya tidak akan mengamalkan dasar itu oleh sebab lantikan dari Parti Amanah, PKR, mahupun gabungan PH, kita akan ambil mereka dengan mudah. Kita ambil masa pada hari pertama sampai ke bulan kedua baru kita boleh lantik.

“Kita tidak boleh dengan mudah lantik walaupun saya menteri dari Amanah jadi orang parti itu yang akan dilantik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Sumber: http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/23/makan-masa-teliti-profil-punca-banyak-lantik-politik-dalam-nafas/

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Post Author: atukdalang

Leave a Reply