Tun Mahathir

“Tun Mahathir Akan Beri laluan Kepada Anwar” Kata Syed Saddiq

Tun Mahathir

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad akan meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun walaupun tiada perjanjian bertulis dibuat berhubung tempoh masa itu, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman dalam temu bual program BBC HardTalk.

Dalam menjawab ulasan pengacara rancangan itu, Shaun Ley yang “Dr Mahathir nampaknya tidak bersedia untuk bersara”, Syed Saddiq berkata tiada perjanjian berhubung tempoh masa tetapi Dr Mahathir telah menyatakan beliau akan berundur dalam tempoh dua tahun, “sebelum pilihan raya umum seterusnya” yang dijangka pada 2022.

Syed Saddiq, 26, berkata beliau tahu tiada perjanjian tempoh masa kerana beliau salah seorang penandatangan perjanjian penyerahan utama.

“Saya salah seorang yang menandatangani perjanjian. Tiada perjanjian yang menyatakan ia (tempoh Dr Mahathir) hanya untuk dua tahun.

“Yang menyatakannya sebenarnya adalah Tun Dr Mahathir sendiri.”

Beliau juga menafikan Dr Mahathir tidak akan berundur dan menyerahkan kuasa kepada lelaki yang hanya lima tahun lalu digambarkan oleh perdana menteri yang berusia 94 tahun itu sebagai “tidak layak menjadi menteri besar salah satu negeri Melayu, tidak pernah fikir menjadi perdana menteri “.

Syed Saddiq berkata, walaupun terdapat gesaan untuknya melengkapkan tempoh sepenggal, Dr Mahathir “banyak kali memberi petanda” yang beliau akan meletakkan jawatan.

Mengenai soalan jika Dr Mahathir mengubah tingkah lakunya terhadap Anwar, Syed Saddiq berkata orang harus menilai beliau kerana apa yang dia ada hari ini.

Beliau berkata Malaysia tidak akan membenarkan masa lalu “untuk mengunci kami atau memenjarakan kami daripada bergerak ke hadapan”.

“Sekiranya kerajaan ini ditadbir berdasarkan waspada, ia tidak akan dapat memenangi pilihan raya (ke-14).

“Sebab mengapa kita dapat melakukannya adalah kerana pemimpin-pemimpin ini dapat menyisihkan perbezaan mereka dan bersatu untuk sebab dan tujuan yang sama.”

– https://www.themalaysianinsight.com

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Post Author: atukdalang

Leave a Reply