Manis Muka Nafi Keluar Warisan | Malaysia News
May 11, 2021

Manis Muka Nafi Keluar Warisan

Kuala Lumpur, MTN – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) Manis Muka Mohd Dara hari ini menafikan keluar daripada parti itu.

Manis Muka yang juga Ketua Wanita Warisan Semporna berkata, berita yang tersebar dan tular di media sosial itu adalah palsu serta fitnah semata-mata.

“Saya nasihatkan agar sebarang penyebaran dan perkongsian berkenaan berita tersebut dihentikan serta-merta, selain pihak saya tidak akan berlembut dengan mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap penyebaran berita palsu itu,” katanya dalam satu kenyataan di Semporna, hari ini.

Advertisement

Menurutnya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita fitnah berkenaan.

Awal hari ini, ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury serta ADUN Sugut, Datuk James Ratib melepaskan semua jawatan dan keahlian dalam UPKO berkuat kuasa serta-merta.

Kedua-dua wakil rakyat itu kemudian menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional demi pembangunan kawasan.[Bernama]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •