Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook

Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook
Mark Zuckerberg ingin bawa perubahan kepada Facebook dengan penawaran seperti versi asal
MARK Zuckerberg telah pun melakukan beberapa perkongsian berkenaan perkembangan terbaru syarikat mereka, termasuk mengatakan berkenaan Threads yang kini digunakan oleh lebih 320 juta pengguna setiap bulan.
Tidak setakat itu, untuk tahun ini juga, Meta akan memberikan lebih perhatian kepada Facebook sendiri.
Bercakap mengenainya, Mark Zuckerberg mengatakan ingin mengutamakan pada tahun ini untuk mengembalikan pengalaman “OG Facebook”.
Walaubagaimanapun, Mark Zuckerberg tidak mengulas lanjut berkenaan apakah yang dimaksudkan dengan “OG Facebook”.
Untuk makluman, pada awalnya Facebook memfokuskan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.
Namun, kebelakangan ini, News Feed dan sebagainya memaparkan kandungan rawak dan tular, serta menyukarkan kita melihat perkembangan rakan-rakan, mahupun halaman yang diikuti.
Tidak diketahui sama ada Facebook akan kembalikan seperti ia dilaksanakan beberapa tahun dahulu, dan menamatkan paparan kandungan berasaskan algoritma.
Mungkin dalam masa beberapa bulan akan datang, kita akan mendengar lanjut berkenaan apakah itu “OG Facebook”, dan apakah perubahan yang bakal dibawakan oleh Meta melalui Facebook.
Bagi anda sendiri, apakah “OG Facebook” untuk anda?
Facebook Comments
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanJune 3, 2025Ernie Zakri tutup konsert Aura penuh magis di Singapura
TokohJune 2, 2025Agong – Darjah kebesaran bukan untuk dijual beli
InternationalJune 1, 2025HAJI 2025 – Pasukan Keselamatan Haji Arab Saudi pada tahap siap siaga tertinggi
Top NewsMay 28, 2025HAJI 2025 – Fokus Ibadah menjelang Hari Wukuf