Nahas Black Hawk-American Airlines

Nahas Black Hawk-American Airlines
WASHINGTON: Sejumlah 18 mayat dilapor ditemukan di Sungai Potomac susulan nahas pesawat penumpang American Airlines dengan helikopter tentera Black Hawk berhampiran Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington di Washington DC, pada Rabu.
Pegawai polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan setakat jam 11.30 malam waktu tempatan, lapor CBS News.
Pegawai tersebut memaklumkan bahawa tiada mangsa yang terselamat ditemukan setakat ini.
Terdahulu CNN dalam laporannya berkata pasukan penyelamat belum mengeluarkan mangsa dari dalam sungai dan usaha menyelamat masih diteruskan, memetik sumber penguatkuasaan undang-undang.
Pesawat PSA Airlines Bombardier CRJ700 dilapor membawa 60 penumpang dan empat anak kapal, manakala helikopter ‘Black Hawk’ Sikorsky H-60 milik Tentera Darat membawa tiga anak kapal.
Jabatan Polis Metropolitan dalam satu kenyataan berkata beberapa agensi sedang menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Potomac dan tiada maklumat yang disahkan mengenai kematian pada masa ini.
[AA]
Facebook Comments
Author Profile

Latest entries
Seni & HiburanJune 3, 2025Ernie Zakri tutup konsert Aura penuh magis di Singapura
TokohJune 2, 2025Agong – Darjah kebesaran bukan untuk dijual beli
InternationalJune 1, 2025HAJI 2025 – Pasukan Keselamatan Haji Arab Saudi pada tahap siap siaga tertinggi
Top NewsMay 28, 2025HAJI 2025 – Fokus Ibadah menjelang Hari Wukuf