Marvel saman artis Spider Man dan adiwira lain, bagi lindungi hak pemilikan


Marvel saman artis Spider Man dan adiwira lain, bagi lindungi hak pemilikan
Kuala Lumpur, MTN – Marvel Characters Inc pada Jumaat memfailkan saman sivil terhadap artis atau pencipta asal watak adiwira terkenal seperti Spider Man, Doctor Strange dan Iron Man bagi melindungi hak pemilikan mereka.
Menurut portal NBC News, saman itu difailkan bagi menyekat sebarang tuntutan di masa akan datang berkait dengan penciptaan watak-watak adiwira berkenaan.
“Marvel telah menuntut mahkamah persekutuan untuk menyekat artis yang tampil dengan watak-watak ikonik berkenaan, termasuk waris mereka.
“Saman sivil itu dibuat oleh Marvel Characters Inc di Daerah Selatan New York yang menuntut sebarang hasil kerja artis dan penulis (terkini) sebagai milik syarikat itu sepenuhnya dan bukannya pencipta asal atau waris mereka.
“Watak-watak berkenaan dicipta untuk Marvel tanpa ada faedah pemilikan,” katanya.
Difahamkan, artis-artis dan waris asal yang mencipta watak-watak berkenaan telah memfailkan saman tindakan menerusi Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat bagi menamatkan kawalan Marvel terhadap penggunaan watak-watak adiwira berkenaan.
Dalam beberapa kes saman yang difailkan Marvel sebelum ini, peguamnya Daniel Petrocelli menegaskan bahawa mahkamah memihak kepada syarikat berkenaan.
Salah satunya adalah tuntutan hak cipta oleh Jack Kirby, individu yang bersama-sama melopori watak ‘The X-Men’, ‘Thor’ dan ‘Iron Man’.
“Pewaris Kirby berusaha untuk menuntut kembali hak cipta milik mereka, tetapi mahkamah mendapati bahawa Marvel mempunyai hak dalam mengendalikan watak-watak berkenaan.
“Mereka melakukan tuntutan atau meletakkan ‘sewaan’ setelah watak-watak itu terkenal,” lapor portal itu lagi. [AA]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar