Mat Sabu: Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman pada PH


Mat Sabu: Kerjasama Warisan-Muda bukan ancaman pada PH
MTN – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menganggap kerjasama yang terjalin di antara Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bukanlah ancaman kepada Pakatan Harapan (PH).
“Bagi saya tidak ada ancaman penubuhan parti-parti politik ini dan sama ada perlu atau tidak kerjasama dengan parti politik ini, ia akan kita bincang di peringkat PH.
“Kita akan berbincang di peringkat Majlis Presiden PH kalau ada permohonan dan memanglah di atas konsep khemah besar kita kena mencari sahabat yang ramai untuk hadapi pilihan raya akan datang,” katanya kepada media selepas pelancaran buku yang ditulisannya, ‘Juang Mat Sabu’, hari ini.
Mohamad berkata PH perlu mengadakan perbincangan itu susulan kekalahannya pada Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini, yang memerlukan pakatan itu mencari kekuatan baharu.
Warisan secara rasminya melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia hari ini dengan harapan menjadi landasan dalam mengubah landskap politik negara di peringkat nasional.
Selain MUDA, Warisan juga terbuka untuk bekerjasama dan membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. [Bernama]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar