Seramai 113 Mangsa Banjir Selangor Di Pindahkan Ke PPS | Malaysia News

Seramai 113 Mangsa Banjir Selangor di Pindahkan ke PPS

Mangsa Banjir Selangor

Seramai 113 Mangsa Banjir Selangor di Pindahkan ke PPS

Kuala Lumpur, MTN – Seramai 113 mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri Selangor telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) malam ini selepas kediaman mereka mula ditenggelami banjir.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika ini pasukan bomba masih berada di lokasi bagi membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS.

Menurut beliau, sebanyak tiga PPS telah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di negeri tersebut melibatkan Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek, SRA Pulau Indah dan Sekolah Kebangsaan Telok Gong.

“Keseluruhan hingga kini 113 orang, tapi masih beroperasi,” katanya dalam kenyataan.

Antara kawasan-kawasan yang dilanda banjir termasuklah Jalan Perajurit 1, Kampung Telok Gong, Klang; Jalan Nangka, Banting dan Jalan Perepat, Taman Dato Hormat.

Mengulas lanjut, Norazam berkata, insiden banjir yang berlaku di Kampung Nelayan, Telok Gong didapati akibat limpahan air di kawasan kumbahan dan longkang sehingga menyebabkan paras air naik sehingga satu meter.

“Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang telah menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 8.45 malam dan enam anggota dikerahkan bagi membantu memindahkan seramai 106 mangsa banjir di kawasan berkenaan,” ujarnya.

 

[MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply