Mat Sabu: Yang Menang Jadi Pembangkang, Yang Kalah Jadi Kerajaan | Malaysia News
October 18, 2021
Mat Sabu - Mohamad Sabu - Parti Amanah

Mat Sabu: Yang menang jadi pembangkang, yang kalah jadi kerajaan

Kuala Lumpur, MTN – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu kecil hati dan terguris apabila parti yang tidak mendapat mandat rakyat pada PRU-14 kembali semula sebagai kerajaan.

Kata beliau, rakyat telah melihat proses pilihan raya untuk memilih kepimpinan negara menjadi sia-sia.

Jelasnya, proses demokrasi berparlimen di negara ini perlu diteguhkan semula bagi memberi keyakinan kepada rakyat.

“Ia juga agar ‘Peristiwa Sheraton Move 2020’ tidak akan berulang pada masa hadapan. Kalau berulang bermakna sistem yang kita pilih ini telah hancur dan perlu diperbaiki menjelang pilihanraya yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Advertisement

Bagaimanapun beliau mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Selain itu, Mohamad menjelaskan dalam memberi keyakinan semula kepada rakyat adalah sukar apabila yang menang menjadi pembangkang dan yang kalah menjadi kerajaan.

“Rakyat perlu membuat pilihan. Yang penting sistem demokrasi berparlimen perlu dipertahankan,” jelasnya.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu. [SH]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •