Matlamat Bersama Untuk Meyakinkan Rakyat Memilih PH Dan Menolak UMNO-BN | Malaysia News

Matlamat bersama untuk meyakinkan Rakyat memilih PH dan menolak UMNO-BN

Salahuddin Ayub - AMANAH - PH

Matlamat bersama untuk meyakinkan Rakyat memilih PH dan menolak UMNO-BN

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menjadi suatu medan tempur yang menjadi salah satu faktor kemenangan kita bersama dalam PRU ke-15. Menjadi hal yang sangat penting bagi semua parti-parti yang membentuk barisan pembangkang; Pakatan Harapan bersama dengan Muda, Pejuang, dan Warisan – untuk membuat satu kata sepakat bahawa UMNO dan Barisan Nasional sebagai musuh utama kita.

Untuk kita menghadapi musuh utama ini, kita harus menyelesaikan perkara-perkara penting seperti pembahagian kerusi, dan matlamat bersama yang akan meyakinkan rakyat untuk memilih kita (Pakatan Harapan) dan menolak sepenuhnya UMNO-Barisan Nasional (BN).

Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin antara kita haruslah memiliki kesabaran, kebijaksanaan, sikap yang terbuka dan semangat pengorbanan yang tinggi bagi memastikan matlamat bersama ini akan dapat kita capai menerusi rundingan kerusi yang tentunya akan dibuat serta dimuktamadkan secara bijaksana, seterusnya meyakinkan rakyat bahawa kita mempunyai satu pasukan yang kuat untuk melawan UMNO-BN.

Apa yang telah berlaku di PRN Melaka, dan juga PRN Sarawak; kita pelajari segala kelemahan, kita fikir-muhasabah dimana silapnya percaturan kita, justeru kita tidak boleh mengizinkan UMNO dan Barisan Nasional mengulangi kejayaan itu di bumi Johor. Mereka yang terlibat dalam salah guna kuasa, UMNO yang sarat dengan pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan isu kleptokrasi dan kluster mahkamah, maka sosok ini harus dinyahkan daripada terus mendapat kemenangan besar di negeri Johor.

Perkara yang sangat penting untuk kita sedari ialah jangan sekali-kali kita diizinkan untuk menjadi ejen oleh tangan-tangan yang tidak kelihatan, yang mahu melihat kita berpecah, yang mahu kita bertempur sesama sendiri, dan sekiranya ini berlaku di kerusi-kerusi yang kita tandingi, maka kita akan kalah semuanya. We are going to fall into pieces. Maka, mereka akan ketawa besar dan UMNO sekali lagi akan menjarah dan mentadbir negeri Johor.

Oleh itu, saya yakin dan percaya, apa yang harus kita lakukan adalah memastikan bahawa semua pemimpin PH iaitu Warisan, Muda dan Pejuang – untuk kita duduk bersama, duduk semeja, adakan rundingan, maka kita akan melihat kepada satu spektrum yang lebih besar untuk kita mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional. Kita boleh menang bersama. [AA]

Datuk Seri Salahuddin Ayub
Timbalan Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah)

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply