Najib Razak (Bossku) – Muhyiddin Yassin (Abah) Berbalah | Malaysia News

Najib Razak (Bossku) – Muhyiddin Yassin (Abah) berbalah

Najib Razak – Muhyiddin Yassin berbalah

Najib Razak (Bossku) – Muhyiddin Yassin (Abah) berbalah

Macam -macam kisah menjelang PRN Johor. Macam-macam drama kita dengar.

Parti politik yang duduk satu bumbung pun berbalah. Ada yang kata baik Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional, (PN) atau Muafakat Nasional (MN) masing-masing ada cerita sendiri.Tapi cerita paling panas tentulah perang mulut di antara dua mantan Perdana Menteri – Tan Sri Muhyiddin  (Abah) dan Datuk Seri Najib (Bossku).

Memang dua orang ini ada sejarah panjang. Muhyiddin dibuang Bossku pasal bangkitkan isu 1MDB. Muhyiddin yang menang PRU14 dengan PH, khianati gabungan itu dan bekerja dengan UMNO, parti yang dia kata tidak bersih.

Sekarang perang mulut di antara mereka berdua membayangi PRN Johor.

Ada yang kata Muhyiddin panik oleh sebab partinya akan tumbang di Johor. UMNO Johor memang nak talkinkan Bersatu.

Bossku pula lepas geram lalu bangkitkan macam-macam cerita. Dia tuduh Bersatu khianati UMNO dalam PRN Sabah pada tahun 2020.

Katanya Muhyiddin dan PN letakkan calon untuk lawan BN di 17 kerusi, selain letak calon Bebas di enam kawasan lain bagi pecahkan undi BN.

Muhyiddin membalas dengan nasihatkan Bossku jangan main politik jelik. Katanya lagi, Bossku sudah didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan jenayah serius, belajarlah jadi malu.

Bossku pula apa nak malu, ceramah politiknya tarik pengundi. Semua orang akui dia ada saham besar dalam kemenangan BN di Melaka.

Mungkinkah di Johor sejarah akan berulang? [SH]

Facebook Comments

About The Author

1 thought on “Najib Razak (Bossku) – Muhyiddin Yassin (Abah) berbalah

Leave a Reply