Menanggapi tentang beberapa ucapan Tun Mahathir yang berdolak-dalik tentang tarikh peralihan kuasa jawatan PM, beberapa ahli parlimen PKR menuntut satu tarikh jelas untuk peralihan kuasa Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim, dengan mencadangkan ini dilakukan pada Mei 2020.
Bercakap di forum yang bertajuk “Haruskah Malaysia tunggu sehingga November untuk peralihan kuasa?” di Bangsar malam semalam, ahli parlimen Subang Wong Chen memberikan sebab mengapa ia perlu segera dilaksanakan.
Dari segi ekonomi, Wong Chen berkata, kesamaran tarikh peralihan kuasa yang jelas telah menyebabkan para pelabur menangguhkan pelaburan mereka kerana mereka tidak pasti masa depan politik jangka pendek negara.
“Jika PM dapat mengesahkan garis masa penyerahan (kuasa), ia akan menyuntik keyakinan ramai kepada pelabur domestik tempatan untuk akhirnya melabur di negara ini, untuk berlabur dalam Pakatan Harapan.
“Dari segi ekonomi, terdapat hujah yang jelas bahawa kita perlu mempunyai kejelasan dan kepastian dalam tempoh peralihan, dan mood (jika) lebih cepat lebih baik,” katanya kepada hadirin.
Dari segi dasar kerajaan, Wong Chen berpendapat bahawa dengan peralihan kuasa secepat mungkin akan membolehkan Anwar lebih banyak masa untuk melancarkan reformasi yang dijanjikan oleh PH.
“Perkara utamanya ialah Pakatan Harapan, khususnya sewaktu majlis presiden, perlu membuat keputusan sekarang dan mengadakan perbincangan terbuka dengan Mahathir dan juga Anwar mengenai tarikh peralihan yang jelas.
“Demi perpaduan PH, dan kesepakatan mereka (pada tarikh peralihan yang ditetapkan nanti), ia harus dihormati oleh semua pihak dan kita harus mempersiapkan peralihan kuasa pada Mei 2020,” kata Wong Chen.