Anwar Ibrahim: Proses Transisi PM Haruslah Aman Dan Teratur | Malaysia News

Anwar Ibrahim: Proses Transisi PM Haruslah Aman dan Teratur

Anwar Ibrahim: Proses Transisi PM Haruslah Aman dan Teratur

Kimanis, MTN – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata proses berkaitan transisi atau peralihan kuasa perdana menteri haruslah dilakukan secara aman dan teratur.

Selain itu Datuk Seri Anwar juga berkata bahwa perkara itu juga haruslah mendapat persetujuan dan muafakat daripada semua parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi menghormati Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang berjasa.

“Peralihan kuasa harus dilakukan dengan baik, (kerana) Tun Mahathir mempunyai banyak pengalaman dan jasa (kepada negara). Kita (PH) juga ada muafakat dan janji (yang dipersetujui), jadi sebaiknya ia dibuat dengan cara baik,” katanya.

“Saya tidak setuju dengan proses itu (peralihan kuasa) jika ia tidak (dilakukan) dengan cara aman dan teratur,” tambahnya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai cadangan beberapa Ahli Parlimen PKR agar peralihan kuasa perdana menteri dibuat pada Mei tahun ini.

Hari ini media melaporkan bahawa Dr Mahathir sedia melepaskan jawatannya jika itu keputusan yang dimahukan Majlis Presiden PH.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan wujud komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya dan suruhanjaya itu, Anwar berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya tidak tahu butirannya (laporan) tetapi mereka tidak sepatutnya memusnahkan kehidupan peribadinya,” katanya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply