Muhyiddin Yassin Akan Didakwa Lagi Esok Di Mahkamah Shah Alam | Malaysia News

Muhyiddin Yassin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam

Muhyiddin Yassin didakwa lagi di Mahkamah Shah Alam

KUALA LUMPUR, 10 Mac -- Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas keluar dari Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Muhyiddin, 75, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Beliau yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. 
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, March 10 -- Former Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during a press conference after leaving the Kuala Lumpur Court today. He was today charged in the Sessions Court here with four counts of corruption to solicit bribes amounting to RM232.5 million and two counts of money laundering involving RM195 million.

Muhyiddin, 75, who was in a dark blue suit, pleaded not guilty to all the charges after they were read out before Judge Azura Alwi. He has been granted release on bail of RM2 million with two sureties by the Court.
 --fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED

Muhyiddin Yassin didakwa lagi di Mahkamah Shah Alam

Muhyiddin Yassin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam

Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin berhubung wang dalam akaun parti Bersatu.

Berdasarkan semakan sistem e-kehakiman, kes itu akan didengar di Mahkamah Sesyen 1, di hadapan Hakim Rozilah Salleh pada jam 9 pagi.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam jemputan media memaklumkan, pihaknya telah mendapat izin mendakwa seorang ahli Parlimen esok di mahkamah sama.

Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka menghadapi satu pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Muhyiddin, 75, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan berkaitan wang dalam akaun Bersatu pada 10 Mac lepas.

Beliau mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pertuduhan sebagai Presiden Bersatu telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta. [Bernama]

Facebook Comments

Leave a Reply