Zahid Balas Muhyiddin Yassin: 'Saya Sudah Lalui Apa Yang Anda Hadapi' | Malaysia News

Zahid balas Muhyiddin Yassin: ‘Saya sudah lalui apa yang anda hadapi’

Zahid balas Muhyiddin Yassin: ‘Saya sudah lalui apa yang anda hadapi’

Zahid balas Muhyiddin Yassin: ‘Saya sudah lalui apa yang anda hadapi’

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi nampaknya tidak terkesan dengan kenyataan Muhyiddin Yassin yang mencabar SPRM untuk turut menyiasatnya.

Zahid berkata dia sudah pun berdepan dengan tindakan sedemikian dan berharap presiden Bersatu itu menghadapi pertuduhan terhadapnya dengan hati yang terbuka.

“Saya sentiasa terbuka. Saya pernah disiasat dan pernah dibawa ke mahkamah. Saya bersedia pada bila-bila masa.

“Tapi janganlah tepuk air di dulang, muka kita terpercik. Jangan juga ludah ke langit, pasti ludah akan ke muka sendiri.

“Jadi hadapilah apa-apa yang patut dihadapi kerana saya pernah menghadapinya. Saya ucapkan selamat berjaya kepadanya (Muhyiddin),” katanya seperti dipetik Harian Metro di Johor Bahru, hari ini.

Muhyiddin menyuarakan cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar dalam perhimpunan agung tahunan Bersatu di Menara PGRM di Kuala Lumpur hari ini.

Dia berkata SPRM perlu turut menyiasat Zahid dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang didakwanya turut ada menerima sumbangan politik daripada ahli perniagaan.

“Saya nak cabar SPRM untuk siasat, siasat presiden PKR dan presiden Umno. Siasat di mana punca dana yang diterima oleh Umno dan PKR. Di manakah sumber (dana) yang mereka peroleh,” katanya.

Jumaat lalu, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, atas enam pertuduhan, membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Muhyiddin juga dijangka akan dihadapkan dengan sejumlah pertuduhan lagi esok.

Dia dan sejumlah pemimpin PN membayangkan dana itu merupakan sumbangan politik.

Untuk rekod, Zahid kini masih berdepan perbicaraan untuk dua kes rasuah, antaranya melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM31 juta.

Pada September tahun lalu, Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada pertuduhan rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN). Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu. [MK]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply