Mukhrij: 'Biasalah, Apa Perasaan Bila Dikhianati Kawan-kawan’ | Malaysia News

Mukhrij: ‘Biasalah, Apa Perasaan Bila Dikhianati Kawan-kawan’

Mukhrij: ‘Biasalah, Apa Perasaan Bila Dikhianati Kawan-kawan’

Kuala Lumpur, MTN – Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir menganggap tindakan beberapa Adun Bersatu memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) semalam sebagai perkara biasa.

Malah, Mukhriz berkata ini bukan kali pertama beliau dikhianati.

“Biasalah, apa perasaan seseorang bila dikhianati kawan-kawan. Sebelum ini pun dah pernah berlaku di peringkat Persekutuan dan sekarang di peringkat negeri.

“Nampaknya, musim pengkhianatan ini memang sejak tahun 2020 ini.

“Mungkin tahun ini bukan tahun yang begitu baik untuk negara, sebab kita ini sibuk dengan Covid-19, dengan bulan Ramadan lagi, jadi apa sebabnya tindakan seperti ini perlu dilakukan waktu kita beri tumpuan kepada rakyat? soalnya dalam sidang media di Wisma Darul Aman, Kedah, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perasaannya susulan perkembangan terbaru politik Kedah.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply