Naib Ketua Wanita PKR Kelantan keluar PKR
Naib Ketua Wanita PKR Kelantan keluar PKR
Kuala Lumpur, MTN – Selepas Selangor dan Johor, kini sayap wanita Keadilan di Kelantan pula berundur dari parti sambil mendakwa tindakan pimpinan tertinggi PKR yang memecat Ketua Wanitanya Haniza Mohamed Talha baru-baru ini.
Nor Rosmani Mohd Noor hari ini mengumumkan dia selaku Naib Ketua Wanita Keadilan Kelantan bersama sayapnya mengumumkan tindakan keluar parti itu sebagai tanda solidariti terhadap Haniza dan juga bantahan terhadap penganiayaan parti tersebut yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan terbaharu pengumuman itu, Nor Rosmani berkata, mereka akan keluar parti berkuatkuasa serta merta.
“Keputusan ini adalah kerana saya telah menyaksikan perbalahan tak henti politik peringkat tertinggi dengan pelbagai keputusan memeranjatkan.
“Seorang demi seorang pemimpin wanita saya dijadikan mangsa korban dipecat begitu mudah tanpa sebarang alasan munasabah dan soal selidik serta tidak mengenang sedikitpun pengorbanan pemimpin wanita keadilan selama ini,” katanya.
Menurut Nor Rosmani, dia telah menyaksikan bagaimana ibu bapanya berkorban masa dan tenaga demi pembebasan seornang pemimpin bernama Anwar.
“Saya difahamkan pada ketika itu, Anwar dilihat sebagai pemimpin yang boleh bawa masa depan cerah ke arah Malaysia baharu dan mendukung nilai murni dan keadilan untuk semua.
“Malangnya kini, semua menjadi sia-sia rupanya apabila kebebasan yang dilaungkannya selama ini hanya menjadi milik beliau (Anwar) semata-mata.
“Beliau lupakan jasa dan pengorbanan mereka (sayap wanita) dan mana perginya konsepnya dulu yang kononnya ingin membela keadilan rakyat kerana beberapa hari lepas satu lagi ketidakadilan mengejutkan saya yang mana Ketua Wanita Keadilan Pusat Haniza dipecat,” ujarnya.
Tegasnya,sayap wanita Kelantan berkumpul ketika ini sebagai tanda solidariti kuat dan kukuh dari pimpinan wanita dan rakan seperjuangan Keadilan dan Perkem (Gek) terus menyokong Haniza Talha.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri