Najib: Mahu Tahu Setia Atau Tak, Undi BN
Najib: Mahu Tahu Setia Atau Tak, Undi BN
Kuala Lumpur, MTN – “Kalau nak tahu lompat ke tidak, setia ke tidak, hanya satu cara. Undilah BN di Sabah.”
Itu nasihat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada calon Pakatan Harapan Plus dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.
Apa pun, Najib tetap menganggap mereka semua sebagai kawan dan saudara.
“Siapa sangka. Ketika BN (Barisan Nasional) dan saya tiada apa. Kuasa tiada. Dana tiada. Yang tinggal hanya baju dan bendera.
“Kita kenal siapa yang bersama masa senang dan masa susah,” katanya lagi.
Sebelum itu, Mohd Shafie dalam sidang medianya menyatakan mahu setiap calon Parti Warisan dan PH Plus ada kriteria tidak mahu lompat parti dan akan dipilih pada PRN kali ini.
Darell mengulas mengenai tuduhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebook semalam.
Dua tahun terlalu singkat ukur prestasi Warisan
Tempoh selama dua tahun penguasaan Parti Warisan Sabah (Warisan) adalah terlalu singkat bagi mengukur prestasi ekonomi negeri di bawah parti itu.
Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking ketika mengulas mengenai tuduhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebook semalam berkata, Najib sepatutnya lebih tahu berbanding hanya menggunakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah 2018 untuk mengukur prestasi kerajaan negeri.
“Kerajaan Warisan hanya berkuasa selama 26 bulan dan tempoh ini agak singkat untuk mengukur prestasi parti itu ke atas negeri ini.
“Oleh itu, tempoh penuh lima tahun adalah lebih realistik jika mahu dibuat perbandingan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Darell lagi, Najib bagaimanapun sewajarnya memiliki pemahaman yang lebih baik mengenai struktur ekonomi Sabah dan sebab prestasi KDNK Sabah menjadi kurang memberangsangkan pada 2018.
Antara sebab utama disumbangkan oleh kejatuhan harga komoditi di peringkat global dan ini merupakan faktor luaran yang tidak boleh dikawal kerajaan.
Darell yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menjelaskan Sabah sebagai pengeluar komoditi telah terjejas akibat harga minyak sawit yang lebih rendah, ini digambarkan dalam pertumbuhan negatif sektor pertanian pada 2018.
“Sektor perlombongan dan kuari, penyumbang utama kepada ekonomi negeri, mencatatkan pertumbuhan negatif sebanyak -5.6 peratus pada 2018 disebabkan oleh gangguan pengeluaran minyak dan gas oleh Petronas, yang juga di luar kawalan kerajaan negeri,” tambahnya.
Najib dalam catatan di Facebook mengumumkan ekonomi Sabah terjejas teruk semasa pemerintahan Warisan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Sabah di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) telah mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 8.2 peratus pada 2017 dan adalah yang tertinggi di antara semua negeri tetapi pertumbuhan KDNK Sabah 2018 menjunam kepada 1.5 peratus.
Di Halaman Facebook Najib Dakwa Ekonomi Sabah Lembab di bawah Warisan
Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara dalam tempoh lapan tahun sebelum kerajaan Sabah bertukar tangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Najib Razak berkata, misalnya pada tahun 2017, kadar pertumbuhan itu ialah 8.2 peratus paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9 peratus bagi seluruh Malaysia.
Menurutnya, pada tahun 2016, Sabah mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus berbanding kadar 4.2 peratus untuk Malaysia.
“Secara am, ekonomi Sabah telah berkembang pada kadar lebih pesat berbanding purata untuk negeri-negeri lain sebelum parti Warisan (Parti Warisan Sabah) mengambil alih.
“Namun pada tahun 2018, kadar pertumbuhan Sabah jatuh ke 1.5 peratus iaitu paling rendah antara semua negeri-negeri dalam Malaysia, paling rendah sejak 10 tahun yang lalu dan lebih rendah berbanding kadar pertumbuhan 4.7 peratus Malaysia,” katanya melalui catatan di Facebooknya sebentar tadi.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berkata, itu bermakna Sabah semakin ketinggalan dengan negeri-negeri lain bermula tahun 2018.
“Jika kita perhatikan, kerajaan PH terdahulu dan kerajaan Warisan Sabah tidak pernah melancarkan dan melaksanakan pelan strategik yang wajar bagi pertumbuhan Sabah.
“Projek-projek sedia ada dimansuhkan atau dilambatkan seperti Pan Borneo Sabah pada masa bantuan kepada Warga Sabah diturunkan,” katanya.
Najib turut mendakwa projek baharu di bawah Warisan seperti empangan Papar RM3 bilion diberi kepada kroni syarikat terowong Pulau Pinang yang bertapak di semenanjung manakala projek untuk penyelenggaraan jalan berturap Sabah bernilai RM1.5 bilion pula diberi kepada lima syarikat secara rundingan terus termasuk ke sebuah syarikat yang terlibat dengan rasuah Menteri Sabah Peter Anthony.
“Itu antara sebab-sebab ekonomi Sabah dijangka semakin lembab di bawah Warisan,” tambahnya. [SH]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri