Nora Danish Sah Bercerai | Malaysia News

Nora Danish Sah bercerai

Nora Danish Sah bercerai

Nora Danish Sah bercerai

Pelakon jelita, Nora Danish menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT apabila diminta mengulas mengenai luahan bekas suaminya, Nedim Nazri yang tidak menolak kemungkinan jodoh mereka kembali terjalin selepas episod perpisahan, semalam.

Nora ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia enggan memberikan sebarang komen mengenai hantaran yang dikongsi Nedim di Instagram (IG).

“Saya serahkan sepenuhnya kepada Allah kerana Dia yang Maha Pengatur,” katanya.

Terdahulu Nedim berkongsi luahan isi hatinya mengenai perpisahan antara mereka selain percaya sekiranya jodoh mereka masih kuat pasti ada keajaiban berlaku.

Ditanya mengenai punca perpisahan dengan Nedim yang didakwa tiada sebarang persengketaan antara mereka, Nora bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut mengenai aib keluarganya.

“Saya tidak gemar meluahkan atau menceritakan hal negatif dalam media sosial kerana saya sayangkan peminat dan pengikut. Sebagai selebriti saya ada tanggungjawab dan jauh sekali ingin membebankan mereka dengan masalah peribadi saya,” katanya.

Dalam masa sama, Nora memberitahu, perceraian adalah keputusan terakhir yang mereka putuskan selepas berbincang.

“Saya dan Nedim sudah saling mengenali hampir 11 tahun dan melalui fasa perkahwinan selama tujuh tahun. Kami sama seperti pasangan suami isteri yang lain iaitu sentiasa cuba untuk menyelesaikan masalah kami dengan sebaiknya dan perceraian adalah perkara terakhir yang ingin kami lakukan.

“Sepanjang tiada persefahaman kami sudah tidak tinggal sebumbung hampir enam bulan. Ketika itu, kami masih cuba memperbaiki atau kembali mengisi tempat-tempat kosong di hati kami tetapi Allah lebih maha mengetahui.

“Semalam, Nedim melafazkan talak satu di hadapan hakim. Alhamdulillah perceraian ini dipersetujui kedua-dua belah pihak sekali gus memudahkan proses itu,” katanya.

Nedim melafazkan talak satu terhadap Nora sekaligus menamatkan spekulasi pergolakan rumah tangga mereka sebelum ini.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun. [BH]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply