Omicron sudah sampai ke Malaysia – Covid-19


Omicron sudah sampai ke Malaysia – Covid-19
MTN – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan varian membimbangkan Covid-19 Omicron sudah dikesan di Malaysia.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu disahkan berdasarkan sampel pelajar 19 tahun dari Afrika Selatan yang masuk ke negara ini pada 19 November.
Khairy berkata pelajar itu masuk ke Malaysia pada 26 November, sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Omicron sebagai varian membimbangkan.
Lima orang menjadi kontak rapat setelah menggunakan bas universiti yang sama ketika dalam perjalanan dari Lembah Klang ke Ipoh.
Katanya, pelajar itu menjalani kuaranti seorang diri, patuh kepada perintah serta menerima vaksin lengkap dan tidak bergejala.
Kes juga, katanya lagi, meneruskan pengasingan di rumah selama 10 hari selepas diberi pelepasan pada 29 November.
Sementara itu, Khairy berkata kontrak rapat dalam kes itu juga negatif bagi ujian sampel pertama dan kedua.
Khairy pada 30 November berkata Omicron atau B.1.1.529 mungkin lebih mudah menular berbanding varian Delta. [MK]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar