MTN – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa partinya mungkin akan bertanding di 25 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).
Bagaimanapun ujarnya, keputusan rasmi masih belum dimuktamadkan.
“Kita tidak banyak (tanding kerusi) sebab kita telah ada persefahaman dengan DAP dan Amanah dan dalam beberapa kerusi mungkin dengan PSB.
“Tetapi tidak ada penyelesaian di situ (kerjasama dengan PSB), yang pentingnya PH.
“Jadi kita saya fikir sekitar 25 begitu tapi belum muktamad, saya fikir lebih baik kita tumpu di kawasan-kawasan ini dan beri ruang kepada rakan-rakan parti kita lain untuk bersama dalam pertempuran,” katanya.
Anwar berkata demikian semasa Jelajah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Song pada Jumaat.
Ketika diminta mengulas mengenai isu perebutan kerusi tertentu dalam kalangan rakan Pakatan Harapan (PH) Sarawak bagi mendepani PRN12, Anwar menegaskan semangat kerjasama dan muafakat antara pimpinan Keadilan dan DAP seharusnya dimantapkan.
Ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu, ini bagi mengelakkan pertindihan dalam meletakkan calon bagi kerusi-kerusi tertentu. [SH]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar