IATA - Pemulihan Perjalanan Udara Berterusan Pada Oktober 2021 | Malaysia News

IATA – Pemulihan Perjalanan Udara Berterusan pada Oktober 2021

IATA

IATA – Pemulihan Perjalanan Udara Berterusan pada Oktober 2021

Kuala Lumpur, MTN – Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengatakan pemulihan perjalanan udara berterusan pada Oktober 2021 dengan peningkatan menyeluruh dalam pasaran domestik dan antarabangsa tetapi penguatkuasaan larangan perjalanan oleh kerajaan berikutan varian Omicron baharu boleh menjejaskan pemulihan sektor itu.

Katanya walaupun jumlah permintaan untuk perjalanan udara pada Oktober 2021 diukur dalam hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) merosot 49.4 peratus berbanding Oktober 2019, jumlah itu merupakan peningkatan berbanding kejatuhan 53.3 peratus dicatatkan pada September 2021 berbanding dua tahun sebelumnya.

“Pasaran domestik susut 21.6 peratus berbanding Oktober 2019, mengatasi penurunan 24.2 peratus dicatatkan pada September 2021 berbanding September 2019.

“Sementara itu, permintaan penumpang antarabangsa pada Oktober 2021 sebanyak 65.5 peratus di bawah Oktober 2019 berbanding penurunan 69.0 peratus pada September 2021 berbanding tempoh pada 2019, dengan semua rantau menunjukkan peningkatan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis (2/12/2021).

IATA telah menukar perbandingan tahun ke tahun kepada 2021 berbanding 2019, menyatakan bahawa keputusan bulanan 2020 telah terjejas oleh impak luar biasa daripada COVID-19.

Mengulas mengenai prestasi, Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata prestasi trafik pada Oktober 2021 menunjukkan bahawa orang ramai akan melakukan perjalanan apabila mereka mendapat kebenaran.

“Malangnya, respons kerajaan terhadap kewujudan varian Omicron memberi risiko kepada hubungan global yang telah dibina semula untuk tempoh yang lama,” katanya.

Walsh mengingatkan bahawa penguatkuasaan larangan perjalanan oleh kerajaan, bertentangan dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang boleh menjejaskan pemulihan sektor itu.

 

[BERNAMA]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply