Pandemik Covid-19, Anwar Ibrahim Kongsi Pengalaman Di Penjara | Malaysia News
Notice: sanitize_url is deprecated since version 2.8.0! Use esc_url_raw() instead. in /home/kulf6423/public_html/malaysiatopnews.com/wp-includes/functions.php on line 4652

Pandemik Covid-19, Anwar Ibrahim Kongsi Pengalaman di Penjara

Kuala Lumpur, MTN – Presiden PKR Anwar Ibrahim berkongsi bagaimana cara beliau mengatasi kebosanan dan mengisi masa lapang ketika dipenjarakan.

Perkara itu dikongsi dalam siaran langsung di Facebook beliau malam tadi susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) sempena musim Covid-19.

Mendedahkan “jadual ketatnya” di Penjara Sungai Buloh, Anwar berkata beliau memastikan habis membaca satu buku dalam tempoh dua hari, menghafal al-Quran dan bersenam antara 45 minit hingga satu jam sehari.

“Jadi badan saya tidak akan lemah,” kata anggota parlimen Port Dickson.

Katanya, jadualnya bermula dengan membaca al-Qura pada jam lima pagi, kemudian sembahyang Subuh, sarapan, membaca, sembahyang Zuhur dan kemudian membaca lagi.

Katanya, ketika PKP, orang ramai masih boleh berhubung dengan anggota keluarga dan orang yang tersayang.

Beliau justeru meminta rakyat Malaysia bertenang.

“Kita boleh masak, kita boleh saling berhubung, kita boleh bercucuk tanam sedikit sebanyak. Ini berbeza sama sekali dengan di penjara,” katanya.

Anwar menjalani tiga kali hukuman penjara, yang kesemuanya lebih 10 tahun.

Beliau ditahan 20 bulan pada 1974 bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ketika menjadi pemimpin pelajar.

Beliau juga merengkok dalam penjara selepas dihadapkan tuduhan liwat pada 1999 dan 2015.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya sebagai konspirasi politik. Beliau dibebaskan daripada penjara pada Mei 2018 selepas mendapat pengampunan penuh diraja.[mk]

Facebook Comments