Kuala Lumpur, MTN – Harga minyak susut dalam dagangan hari ini dipacu oleh prospek kenaikan jangkitan koronavirus menjejaskan pemulihan permintaan bahan bakar.
Minyak mentah Brent turun AS$0.10 atau 0.2%, kepada AS$ 43.04 setong pada 0047 GMT, setelah turun sedikit minggu lalu.
Minyak Amerika Syarikat susut AS$0.06 atau 0.2% kepada AS$ 40.53 setong, setelah naik AS$0.04 minggu lalu.
“Dengan jumlah kes Covid-19 harian global masih meningkat dan negara-negara Sunbelt AS masih menyaksikan penularan wabak telah mengekang kenaikan harga minyak,” kata Stephen Innes , Ketua Strategi Pasaran Global di Axicorp.
Lebih daripada 14 juta orang telah dijangkiti novel koronavirus di seluruh dunia dengan hampir 602,000 orang terkorban.
Walaupun permintaan bahan bakar telah pulih daripada penurunan 30% pada bulan April setelah negara-negara di seluruh dunia menerapkan penutupan ketat, penggunaannya masih di bawah tahap pra-pandemik.
Permintaan petrol runcit Amerika Syarikat menurun lagi disebabkan peningkatan jangkitan.
Import minyak Jepun jatuh 14.7 peratus pada bulan Jun dari bulan yang sama tahun sebelumnya,
Penurunan itu tidak begitu ketara seperti pada bulan Mei ketika harga minyak turun 25% tahun ke tahun. – MalaysiaGazette
TOKYO – Harga minyak susut dalam dagangan hari ini dipacu oleh prospek kenaikan jangkitan koronavirus menjejaskan pemulihan permintaan bahan bakar.
Minyak mentah Brent turun AS$0.10 atau 0.2%, kepada AS$ 43.04 setong pada 0047 GMT, setelah turun sedikit minggu lalu.
Minyak Amerika Syarikat susut AS$0.06 atau 0.2% kepada AS$ 40.53 setong, setelah naik AS$0.04 minggu lalu.
“Dengan jumlah kes Covid-19 harian global masih meningkat dan negara-negara Sunbelt AS masih menyaksikan penularan wabak telah mengekang kenaikan harga minyak,” kata Stephen Innes , Ketua Strategi Pasaran Global di Axicorp.
Lebih daripada 14 juta orang telah dijangkiti novel koronavirus di seluruh dunia dengan hampir 602,000 orang terkorban.
Walaupun permintaan bahan bakar telah pulih daripada penurunan 30% pada bulan April setelah negara-negara di seluruh dunia menerapkan penutupan ketat, penggunaannya masih di bawah tahap pra-pandemik.
Permintaan petrol runcit Amerika Syarikat menurun lagi disebabkan peningkatan jangkitan.
Import minyak Jepun jatuh 14.7 peratus pada bulan Jun dari bulan yang sama tahun sebelumnya,
Penurunan itu tidak begitu ketara seperti pada bulan Mei ketika harga minyak turun 25% tahun ke tahun.[mg]
Author Profile
Latest entries
Kabar Lain2021.02.07Anwar Ibrahim: Mohammad Natsir Tokoh Pemikir Islam yang Berpengaruh
National2021.01.25Covid 19, Dr Tan Yee Kew: Kerajaan PN Hentikan Umum Dasar Kabur
Opinion2021.01.25Pendidikan Malaysia di Persimpangan Tak Bertuan
Opinion2021.01.14Darurat dan Parlimen Digantung Tidak Menghalang Perlantikan PM Baru