PAS Akan Sokong Tun M Jika Berlaku Pengkhianatan dalam PH – Takiyuddin

MARANG – Pas akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jika berlaku pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Pas komited dalam mempertahankan agama, negara dan bangsa dari sebarang bentuk ancaman.

Menurut Takiyuddin, bagi tujuan itu, Pas mengemukakan surat perakuan bertulis kepada Dr Mahathir selaku Pengerusi Bersatu dalam pertemuan yang berlangsung Di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

“Yang berhormat Tok Guru presiden kita dan juga Pas sendiri, seolah-olah kita menghidu sesuatu yang mungkin (terjadi) dalam kerajaan kita ni sehingga Tun sendiri mengeluarkan kenyataa jika ada parti komponen PH melakukan pengkhiatan kepada negara, beliau akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Jadi kami melihat ini sesuatu yang merbahaya kepada negara. Oleh sebab itulah kita menyatakan sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) di Marang, petang Ahad.

Menurut Takiyuddin, perakuan bertulis itu adalah tanda sokongan Pas terhadap kepimpinan Dr Mahathir atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tun mahathir sebelum ini membuat kenyataan bahawa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana parti komponen PH yang melakukan pengkhianatan kepada negara.

– Astro Awani

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Post Author: ab bima

Leave a Reply