Pelarian Rohingya, Sikap DSAI Merupakan Sikap Kemanusiaan
Pelarian Rohingya, Sikap DSAI Merupakan Sikap Kemanusiaan
Kuala Lumpur, MTN – Polemik mengenai isu Rohingya timbul lagi. Terutamanya selepas berita melaporkan bahawa Kerajaan Pengkhianatan Nasional (PN) telah menghalang dan menghalau kapal yang membawa pelarian Rohingya.
Lebih parah lagi, pelarian Rohingya dikatakan dibiarkan mati kelaparan kerana semasa PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat) bantuan hanya dikhususkan buat rakyat Malaysia. Bukan untuk rakyat atau warganegara dari negara lain.
Tetapi bagi Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI), sikapnya terhadap Rohingya tidak akan pernah berubah. Kerana bagi beliau, isu Rohingya adalah isu kemanusiaan. Perihal memperlakukan manusia dengan baik, seharusnya dilakukan seperti biasa.
DSAI malah mengatakan bahawa mempertahankan Rohingya sama seperti mempertahankan Palestin. Sebabnya adalah bahawa Palestin dan Rohingya sama-sama kehilangan tanah air mereka, sebagai mangsa kepada ketidakadilan dan dibunuh di kampung halaman mereka sendiri.
Atas alasan ini juga, pada bulan September 2018 yang lalu, DSAI telah mengkritik Pemimpin Sivil Myanmar, Aung San Suu Kyi. DSAI secara terbuka menyatakan kekecewaannya terhadap Suu Kyi, terutamanya tentang sikapnya dalam mempertahankan pemerintah Myanmar.
Bagi DSAI, isu Rohingya tentunya bukan isu politik yang boleh digunakan dan dimainkan pada bila-bila masa untuk kepentingan politik tertentu.
Baginya, ini adalah masalah prinsip Agama (Islam) dan kemanusiaan. Islam Rahmatan lil alamin; Rahmat ke seluruh alam.
Akhirnya, berkaitan dengan isu Rohingya, membuatkan saya teringat kepada pesan Abdurrahman Wahid (Pemimpin Islam dan Bekas Presiden Indonesia).
Gus Dur – nama panggilan Presiden Wahid – berkata: “Yang lebih penting daripada politik adalah kemanusiaan”.
Dalam konteks itu, saya berpendapat bahawa sikap DSAI terhadap Rohingya adalah kerana ianya isu kemanusiaan. Tidak ada alasan lain yang lebih penting daripada soal KEMANUSIAAN.
_______________________________________________________________________
@RaheemArshavin
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri