MTN – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin menyeru protes aman digerakkan di depan parlimen esok bagi membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.
“Bermula jam dua petang, himpunan dengan kepatuhan SOP yang ketat ini diharapkan mampu menjadi satu suara kukuh seluruh perkumpulan anak muda untuk berjuang menuntut hak yang cuba digagalkan petualang dan #PNipu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Shazni yang juga ketua Pemuda Amanah menyifatkan alasan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan Undi 18 “gema” kepada penolakan yang dipertua Dewan Negara.
Dia berkata alasan diberikan tidak logik dan menafikan hak jutaan anak muda untuk mengundi.
SPR semalam memaklumkan akan menangguhkan Undi 18 kepada September tahun depan, meskipun menteri undang-undang Takiyuddin Hassan sebelum ini pernah mengatakan ia dijangka dilaksanakan pada Julai.
SPR berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) mempengaruhi perancangan dan persiapan untuk menurunkan usia minimum pengundi.
Jangan lacurkan maruah parlimen – Sheikh Umar
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali memberi amaran kepada kerajaan PN agar tidak “melacurkan” maruah Parlimen Malaysia.
“Apakah parlimen sudah mula hilang fungsi bawah pentadbiran kerajaan PN?” soal ketua Pemuda DAP Johor itu. [mk]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar