Pemuda UMNO: Al Jazeera Berat Sebelah

KUALA LUMPUR 08 MARCH 2018. Ketua Pengarah Seranta Felcra, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris pada pogram Konvensyen Pertubuhan Wanita Dinamis Felcra (Wadira). NSTP/EMAIL

Pemuda UMNO: Al Jazeera Berat Sebelah
Kuala Lumpur, MTN – Media luar seperti Al Jazeera disifatkan berat sebelah kerana mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan memburukkan kepimpinan kerajaan.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menegaskan, usaha kerajaan dalam menangani pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak wajar dipertikaikan.
Jelas belau, ini adalah soal kedaulatan negara serta keselamatan rakyat Malaysia dan pihak luar tidak seharusnya campur tangan.
“Fitnah jahat terhadap Malaysia yang mengatakan tindakan kerajaan dalam mengesan serta menempatkan PATI semasa pandemik Covid-19 adalah satu bentuk rasisme adalah biadap dan menghina negara.
“Realitinya, Malaysia sentiasa melindungi hak dan keselamatan semua pihak termasuklah warga asing.
“Teruskan usaha membasmi PATI, kami rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong usaha kerajaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya di sini hari ini.[mg]
Author Profile
Latest entries
National2021.08.25Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
National2021.08.25Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
National2021.08.25Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
Politik2021.08.25Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri