Penganalisis Jangka Anwar Ibrahim Mampu Cipta Kejutan Baharu | Malaysia News

Penganalisis Jangka Anwar Ibrahim Mampu Cipta Kejutan Baharu

Penganalisis Jangka Anwar Ibrahim Mampu Cipta Kejutan Baharu

Penganalisis Jangka Anwar Ibrahim Mampu Cipta Kejutan Baharu

Usah ragui kemampuan Anwar terajui pentas politik negara

Strategi adalah pilihan bagi sesebuah parti. Tetapi sesuatu strategi itu tidak boleh melangkaui kepentingan bagi sesebuah parti.

Berkuburnya gagasan Perikatan Nasional (PN) sebelum ia ditubuhkan lagi, adalah bukti strategi penjajaran politik antara Umno-Pas-Bersatu dalam satu koalisi adalah tidak cocok dengan kepentingan sesebuah parti (baca: Umno) dan bentuk dikotomi politik Malaysia yang rencam.

Keputusan Umno, komponen terbesar yang menarik diri dari PN adalah satu percubaan menggagalkan strategi ini dan bertujuan untuk melemahkan Bersatu, serta menutup ruang bagi Muhyiddin daripada terus memegang kemudi politik tanah air.

Dengan kedudukan 113 kerusi, dan situasi kerajaan PN yang semakin lemah dengan keuzuran MP Maximus Ongkili serta hukuman 12 tahun penjara serta RM210 juta denda yang dihadapi Najib Razak, Muhyiddin hampir pasti sedang mencari dahan bertaut yang baru.

Satu-satunya pilihan yang ada bagi Muhyiddin adalah menghulurkan tangan kepada Anwar Ibrahim yang dilihat mampu menyelamatkan kerajaannya.

Dan itu (menerima Muhyiddin) bukan masalah bagi beliau (Anwar) kerana track record menunjukkan Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik paling berprinsip sejak empat dekad yang lalu.

Menyambut tangan Muhyiddin tidak menjadi kudis bagi Anwar Ibrahim sedangkan Tun Dr. Mahathir yang sebelum.ini memperlakukan segala bentuk tindakan politik terhadap Anwar pun boleh dimaafkan oleh beliau.

Menerima kembali Muhyiddin dan mewujudkan sebuah kerajaan mandat rakyat akan meninggikan reputasi Anwar di mata rakyat.

Saya yakin reformasi yang bakal dibina Anwar dalam kerajaan mandat rakyat akan meneguhkan sokongan kepada koalisi baru ini pada masa hadapan.

Kepada pengkritik, usah dipandang rendah kemampuan Anwar.

Kepada pengkritik, usah dipandang rendah kemampuan Anwar. Beliau dalam situasi terbaik untuk mengambilalih negara ini sebagai Perdana Menteri suatu hari kelak.

Saya fikir setelah mahkamah mensabitkan pertuduhan tujuh kes jenayah ke atas Najib Razak, track yg sama bakal diterima pemimpin-pemimpin ultra kanan Umno yang lain.

Presiden Umno dan lain-lain pemimpin yang kini sedang berdepan kes sama sudah dapat menghidu laluan yang bakal dihadapi mereka.

Oleh sebab itu, kumpulan ultra kanan berpengaruh dalam Umno bertindak menarik diri dari PN. Itu adalah “amaran berlapik” kepada Muhyiddin yang secara tidak langsung dianggap menerima manfaat dari kes Najib itu, kerana persepsi diperkuatkan bahawa Perdana Menteri tidak campur tangan dan berpegang kepada prinsip kerajaan berintegriti.

Selain Muhyiddin, kumpulan ultra kanan Umno juga tidak terkecuali dari mengambil suatu pilihan lain dengan menjadikan Anwar sebagai satu platform baru menggantikan Muhyiddin dari Bersatu.

Dengan kekuatan 91 anggota dari PH, Umno yang berazam untuk memulihkan parti tidak mempunyai masalah yang besar untuk membentuk satu gabungan baru dengan PH.

Ini kerana bergabung dengan PH dapat menjamin survival Umno pada masa depan kerana secara teori dan praktikalnya, PH bukan sebuah parti pesaing Umno di kawasan Malay Heartland.

Hal ini berbeza dengan Bersatu yang 100 peratus bersaing merebut kerusi-kerusi yang dimiliki Umno. Demikian juga Pas, sebuah parti Melayu yang juga bersaing dengan Umno merebut pengaruh di kawasan-kawasan Melayu.

Sedangkan komponen-komponen PH adalah urban based party yang pada asasnya sangat kuat bertapak di kawasan bandar dan menguasai segment participant.

Sekiranya, Umno bergabung dengan PH, Umno tidak akan disaingi di kawasan luar bandar malah koalisi baru ini berpotensi untuk memenuhi bentuk dikotomi Melayu-bukan Melayu dan bandar-luar bandar yang menjadi ciri utama politik Malaysia.

Dengan kerjasama bersama PH, Umno mampu mengalahkan Pas di mana-mana sahaja termasuk di Kelantan yang sudah 30 tahun dikuasai oleh Pas.

Dengan dinamik politik yang ada, saya percaya bahawa, kes sabitan jenayah Najib Razak yang menggemparkan politik pada 28 Julai lalu mampu merintis satu bentuk penjajaran semula politik pasca Gerakan Sheraton yang menyaksikan ketidakstabilan dan ketidakpastian terhadap politik Malaysia.

Jadi, saya fikir, jangan diragui kemampuan Anwar pada waktu ini untuk membawa satu wajah dan warna baru terhadap politik Malaysia.

Facebook Comments

Author Profile

Malaysia Top News

About The Author

Leave a Reply