Penyelidik MPOB Berjaya Hasilkan Lassi Sawit Bernilai Komersial | Malaysia News

Penyelidik MPOB Berjaya Hasilkan Lassi Sawit Bernilai Komersial

Penyelidik MPOB Berjaya Hasilkan Lassi Sawit Bernilai Komersial

Kuala Lumpur, MTN – Pemain pasaran minyak sawit tempatan akan memantau langkah diambil Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam dasar utama yang menyokong industri itu berikutan pelantikan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali sebagai menteri yang baharu hari ini.

Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa berkata dasar utama itu ialah rancangan untuk melaksanakan program biodiesel B20 dan mencapai pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) 100 peratus dalam industri sawit, serta pendekatan kementerian terhadap larangan biodiesel sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) di bawah Akta Perwakilan EU dan isu 3MCPD (3-monochloropropanediol).

Kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah mensasarkan untuk mencapai pelaksanaan biodiesel B20 sepenuhnya dalam sektor pengangkutan pada pertengahan 2021 dan selain itu, PH turut mensasarkan memperoleh 100 peratus pensijilan MSPO di kawasan penanaman kelapa sawit di seluruh negara.

Menurut bekas Menteri Perusahaan Utama Teresa Kok Suh Sim, setakat 21 Februari, 2020, 4.42 juta hektar, atau 78.8 peratus daripada 5.9 juta hektar ladang kelapa sawit di Malaysia telah mencapai pensijilan MSPO, manakala 390 daripada 452 sawit kilang minyak sawit di Malaysia telah melaksanakannya.

Selain itu, Sathia berkata pasaran juga memerlukan sokongan banyak dari kerajaan di dalam persekitaran harga minyak sawit mentah (MSM) yang rendah sekarang.

“Oleh itu, kita perlu melihat bagaimana kerajaan akan melibatkan industri dalam menangani komoditi eksport yang terpenting di negara ini ditengah-tengah keadaan harga rendah ketika ini,” katanya kepada Bernama sambil menambah bahawa cabaran dari hubungan perdagangan EU dan India-Malaysia juga akan menjadi tumpuan oleh menteri yang baharu dilantik,” katanya.

Pada penutupan, kontrak niaga hadapan MSM bagi Mac 2020 dan April 2020 masing-masing turun RM112 kepada RM2,336 dan RM2,352 satu tan metrik, Mei 2020 susut RM119 kepada RM2,332 satu tan metrik, serta Jun 2020 kurang RM116 kepada RM2,337 satu tan. [bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply