Perasmian pembukaan Porsche Malaysia – Raja Muda Kedah

Perasmian pembukaan Porsche Malaysia – Raja Muda Kedah
Pengeluar kereta Jerman, Porsche AG memilih Malaysia sebagai lokasi pengeluaran pertamanya di luar Eropah.
Kerjasama jenama kereta itu bersama Inokom Corporation milik syarikat Sime Darby Bhd dengan menjalankan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Kulim, Kedah bakal menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pasaran antarabangsa.
“Kami sangat berbangga dengan kerjasama ini berikutan pencapaian Sime Darby yang secara konsisten memastikan penyampaian, kualiti produk dan pemanduan mencapai standard yang ditetapkan.
“Kilang baharu Porsche AG ini dikendalikan sepenuhnya oleh anak tempatan, menunjukkan kebolehan dan pengetahuan teknikal yang tinggi dalam kalangan rakyat serta membuka peluang membina kerjaya,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Jeffri Salim Davidson.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kilang Tempatan untuk Porsche di Malaysia yang disempurnakan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
Pengeluar kereta German, @Porsche memilih Malaysia sebagai lokasi pengeluaran pertamanya di luar Eropah.
Ia melalui kerjasama dengan Inokom Corp (Sime Darby Berhad) dengan jalankan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Kulim, Kedah. @501Awani pic.twitter.com/2yWZQ2zbPP
— Hafizi Rosli (@hafizirosli_) March 28, 2022
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Porsche Cayenne menjadi model pertama CKD di Malaysia.
Menurut Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pemasaran Porsche AG, Detlev von Platen, kerjasama ini sebagai strategi pertumbuhan dan mengukuhkan pasaran di rantau ASEAN.
Jelasnya, Porsche memilih Malaysia untuk kemudahan pemasangan pertamanya di luar Eropah, menandakan keyakinan syarikat itu terhadap ekosistem dan kekuatan Malaysia yang kondusif untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang mereka.
Kemudahan pertama pengeluar kereta sport global itu di Kulim ini juga mengiktiraf keupayaan bakat tempatan dan berpotensi membawa mereka memperluaskan jejak di rantau Asean.
Kilang pemasangan Porsche ini sejajar dengan Dasar Automitif Negara (NAP) 2020, yang bertujuan memajukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pembuatan automotif, kejuruteraan, teknologi dan pembangunan mampan.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Datuk Arham Abdul Rahman berkata, kerajaan akan berusaha membina persekitaran yang kondusif untuk peneraju industri dari luar dan dalam negara menjalankan perniagaan di Malaysia.
Katanya, ia adalah seiring dengan kesediaan negara untuk menyediakan peluang pekerjaan jangka masa panjang dan berhubung dengan rakan kongsi teknologi yang berkebolehan. [AA]
Author Profile

Latest entries
IT & Social MediaFebruary 14, 2025Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – iPhone SE
IT & Social MediaFebruary 14, 2025YouTube Shorts mula perkenal ciri janaan video dikuasakan AI
IT & Social MediaFebruary 13, 2025DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia
Seni & HiburanFebruary 12, 2025G-Dragon, Bintang K-Pop kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun