Perdana Menteri Perlu Bincang Dengan Anwar Ibrahim | Malaysia News
December 14, 2024

Perdana Menteri perlu bincang dengan Anwar Ibrahim

Perdana Menteri perlu bincang dengan Anwar Ibrahim

Perdana Menteri perlu bincang dengan Anwar Ibrahim

Pembangkang ditawar anggotai MPN, Perdana Menteri perlu bincang dengan Anwar Ibrahim

Kuala Lumpur, MTN – Ahli Parlimen pembangkang mencadangkan satu perbincangan diadakan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tawaran untuk pimpinan pembangkang menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) serta Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata Pakatan Harapan (PH) dan pimpinan pembangkang masih belum membincangkan tawaran berkenaan, justeru perbincangan harus diadakan supaya ia dapat diperincikan.

“Saya berpandangan Perdana Menteri perlu mengadakan perbincangan atau pertemuan segera dengan Anwar dan kepemimpinan pembangkang untuk memperinci cadangan berkenaan, sebelum kami memutuskan sama ada akan turut serta atau pun tidak.

“Perbincangan itu penting bagi kami memahami bentuk kerjasama dimaksudkan, supaya kami boleh melihat cara terbaik mencapai maksud dan matlamat sebenar iaitu menangani COVID-19, membantu menghidupkan semula ekonomi serta menjaga kebajikan rakyat.

“Ramai yang pastinya tidak mahu pembabitan pembangkang ini hanya bersifat ‘tokenistic’ atau sekadar cukup syarat saja,” katanya kepada BH, hari ini.

Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri petang tadi menawarkan ruang kepada kepemimpinan pembangkang menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Perdana Menteri berkata, kemelut politik melanda negara menimbulkan keresahan rakyat, justeru kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan, termasuk mewujudkan kerjasama rentas parti.

Ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam perjumpaan bersama ketua parti politik baru-baru ini, supaya semua pihak melupakan perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat. [BH]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply