Perjuangan Kita Sesungguhnya
Perjuangan Kita Sesungguhnya
Saudaraku Anwar
Allah sedang mengatur pergerakan dunia hari ini
Kamu pun tidak panik lagi, aku perhatikan. Syukurlah
Kita terima sahaja ketetapan yang di luar kawalan
Dengan kebijaksanaan akal dan agama
Biarlah apa pun orang nak kata
Pengalaman penjara fitnah pengkhianatan cukuplah
Aku dan kawan-kawan cukup yakin. Seperti awal
perjalanan dulu siapakah yang mengangkat kamu
kalau bukan Dia! Luar biasa!
Bagaimana kamu mendaki ke puncak! Aku memerhati sejak itu dan
sejak itu aku memerhati perjalanan luarbiasa kamu
Sungguh! Aku memerhati perjalanan ini seperti aku
memerhati perjalanan Yusuf dikisahkan al-Quran
Tanpa tujuan membandingkan. Menceritakan
pengalaman peribadiku hanya; menghayati pesan-
pesan dalamannya
Saudaraku Anwar
Allah sedang mengatur pergerakan dunia hari ini
Kebetulan ia bernama Corona; dan kita semua pun
terkesan, negatif atau positif kita memilih positifnya
Kita terima sahaja ketetapan yang di luar kawalan
Dengan kebijaksanaan akal dan agama
Biarlah apa pun orang nak kata
Fitnah-pengkhianatan terus mereka jadikan politik kini
Dan ramai orang masih terpukau mantera lelaki 95 itu
Kamu pun aku perhatikan kadang-kadang terkeliru
dengan permainan licik mereka.
Hahhaa beringatlah
Saudaraku Anwar, beringatlah; dan berhati-hatilah
Tapi aku dan kawan-kawan cukup yakin, bahawa
Perjuangan kita sebenarnya adalah kemenangan
Perjuangan kita sebenarnya adalah kemenangan
Saudaraku Anwar
Ramadhan ini dengan seribu bulan semangat dan
kekuatannya. Percayalah. Kebijaksanaan akal-agama
Allah yang mengatur pergerakan di langit dan di bumi
Pengkhianatan-pengkhianatan itu lebur sendirinya
nanti, kerana perjuangan kita sesungguhnya
adalah Kemenangan
Perjuangan kita sesungguhnya
Adalah Kemenangan
_______________________________________________________________________DINSMAN
4.5.2020
11 Ramadhan
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri